Pages

Subscribe:

17 Jun, 2012

[hang nadim] Putera Mahkota Arab Saudi meninggal.....Al Fatihah.......


RIYADH 16 Jun - Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdulaziz al-Saud (gambar) meninggal dunia di Geneva hari ini, lapor saluran televisyen al-Ekhbariyah dan agensi berita SPA.
Nayef, 78, yang juga Menteri Dalam Negeri sejak 1975 dilantik sebagai pewaris Raja Abdullah pada Oktober tahun lalu selepas kematian kekandanya, Putera Sultan.
Beliau sebelum ini pernah menjalani rawatan di luar negara tanpa menyatakan sakit yang dialaminya.
Al-Ekhbariyah melaporkan beliau akan disemadikan di Mekah selepas solat Maghrib esok.
Kematian beliau lapan bulan selepas menggantikan kekandanya, menimbulkan persoalan tentang pewaris diraja memandangkan Raja Abdullah, 88, juga gering.
Bagaimanapun, adindanya, Putera Salman, 76, yang memegang potfolio Kementerian Pertahanan selepas Putera Sultan meninggal dunia, dilihat sebagai calon paling sesuai.
Putera Nayef tahun ini dilapor menerima rawatan di Algeria, Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland.
- Reuters/AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.