Pages

Subscribe:

20 Ogos, 2012





Akar umbi sokong Nasharudin
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

KEPALA BATAS 20 Ogos - Ahli-ahli akar umbi Pas Pulau Pinang menyatakan sokongan padu terhadap pendirian bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa (gambar) yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kesucian Islam.

Mereka juga bersependapat dengan Ahli Parlimen Bachok tersebut supaya Pas mengkaji semula kedudukannya termasuk keluar daripada pakatan pembangkang dan menjadi parti yang berdiri dengan sendiri.

Mereka turut melahirkan kekecewaan dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang membisu dalam soal penentangan keras DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Ketua Pas Cawangan Bagan, Azmi Jaafar berkata, pemimpin parti itu sepatutnya meletakkan kepentingan Islam dan perpaduan ummah melebihi agenda politik sempit mereka.

“Pemimpin atasan Pas dilihat mula menggadai prinsip perjuangan asal demi meraih sokongan politik pada pilihan raya semata-mata.

“Selama ini kami dididik oleh mereka supaya memegang teguh prinsip menegakkan Islam tetapi tiba-tiba mereka jugalah yang menggadai atau menjual prinsip tersebut demi meraih kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dihadiri oleh sekumpulan ahli Pas Pulau Pinang termasuk yang pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam parti itu di sini Jumaat lalu.

Khamis lalu, sebaik sahaja tiba dari Mekah, Nasharudin mengadakan sidang akhbar khas bagi membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadirannya di Tanah Suci bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohamad Nordin Mohd. Nor berkata, pemimpin DAP terutama Pengerusinya, Karpal Singh secara terang-terangan menunjukkan beliau menentang penubuhan negara Islam.

Justeru, sebagai orang Islam, sudah semestinya menjadi kewajipan untuk ahli Pas menghentikan mana-mana perbuatan menyentuh perasaan dan kesucian agama itu.

“Sekiranya Karpal sanggup menggadai nyawa untuk memastikan sistem perundangan Islam tidak dilaksanakan di negara ini, maka ahli-ahli Pas juga rela berbuat perkara sama demi Islam," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Karpal dan pemimpin DAP lain supaya berhenti menimbulkan perkara sensitif sedemikian bagi mengelakkan keadaan buruk berlaku.

Bagi bekas Setiausaha Pas Kepala Batas, Abdul Halim Abd. Rashid, matlamat utama perjuangan Pas bukannya mahu memerintah Malaysia tetapi hendak mewujudkan keharmonian dalam kalangan semua kaum dengan cara berdakwah.

Beliau memberitahu, pemimpin Pas sepatutnya dapat mengajar erti perpaduan ummah sebenar kepada rakan mereka yang bukan Islam.

Tambahnya, mereka wajar menunjukkan Islam sebagai agama yang telah terbukti berjaya menjaga keharmonian semua kaum di dunia dengan asas-asas perpaduan sesama umat.

“Sebaliknya jika Pas sendiri kini menjadi juara perpecahan umat Islam dengan sikap dwistandard mereka dalam isu perpaduan ummah. Bagaimanakah keharmonian semua kaum dalam negara ini akan terjamin?" ujarnya.

Bekas Timbalan Presiden Pas tidak keseorangan

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
SEPERTI MANA janji beliau untuk melakukan apa sahaja bagi mempertahankan agama Islam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan bersedia berdepan dengan Karpal Singh di mahkamah dalam isu beliau mendakwa Pengerusi DAP itu anti Islam.

Soal siapa betul, siapa salah biarlah mahkamah menentukannya. Apa yang lebih menjadi persoalan ialah pendirian Pas sendiri dalam berhadapan pertembungan antara Nasharudin dan Karpal ini.

Setakat ini, golongan pemimpin Pas yang dianggap daripada kelompok Anwarinas atau digelar sekular, dikatakan tidak menyebelahi Nasharudin, sebaliknya mereka ingin melihat Ahli Parlimen Bachok itu dihukum oleh parti kerana dianggap telah menggugat kerjasama dalam pakatan.

Bagi kelompok ini, mereka hanya mementingkan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, tidak kira apa pun kedua-dua parti itu lakukan terhadap Pas.

Surat Pemimpin Cawangan Pas kepada Nasharudin

Berikut adalah sedutan petikan surat seorang pimpinan cawangan Pas kepada Nasharudin Mat Isa seperti yang disiarkan di Facebook Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali, Sabtu lalu.

Assalamualaikum,Ke hadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah SWT.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz.

Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa, hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin UMNO bertemu dengan para ilmuwan dan cerdik pandai agama dari Arab Saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Penjelasan Nasharudin


NASHARUDIN Mat Isa kelihatan ceria sejurus tiba dari Jeddah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.
Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. Berikut kenyataan penuh beliau:

Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

- Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.

- Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Umat Islam perlu bersatu tanpa fahaman politik

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Umat Islam tanpa mengira pendirian politik di negara ini perlu bersatu menentang golongan yang cuba menghina atau mencabar agama mereka.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, umat Islam harus menjauhkan diri daripada bersekongkol dengan golongan berkenaan, khususnya yang secara terang-terangan menentang pelaksanaan syariah (perundangan) Islam secara keseluruhannya.

Malah katanya, adalah menjadi kewajipan untuk menghalang golongan tersebut daripada terus menghina agama Islam dan bukannya mempertahan atau bersama dengan mereka.

"Kita perlu halang sesiapa sahaja yang menentang agama Islam atau golongan yang bersekongkol dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan itu menentang syariah Islam sepenuhnya, mereka harus dijauhi dan tidak boleh didampingi.

"Contohnya, hukum hudud, penentangan pelaksanaannya di sesebuah negara oleh golongan bukan Islam dibenarkan berdasarkan pendapat beberapa ulama tetapi sekiranya golongan itu menentang pelaksanaan syariah Islam secara keseluruhan, mereka perlu ditentang serta dijauhi," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini.

Semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan agama Islam.


Mengulas perkara sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyokong sikap Nasharudin yang secara konsisten mempertahankan maruah Islam.

Katanya, pihak yang cuba mempertikaikan agama Islam tidak seharusnya dibiarkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.