Pages

Subscribe:

29 Disember, 2012

[hang nadim] Bekas askar sokong Pas kerana dijanji syurga.....

PASIR PUTEH 28 Dis. - Ketaksuban terhadap Amanat Haji Hadi turut menular dalam kalangan kakitangan kerajaan termasuk anggota pasukan keselamatan apabila ada yang terpengaruh dengan agenda Pas yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik. Seorang pesara tentera, Md. Hassan Latif, 54, membuat pengakuan sedemikian selepas menyesali tindakannya mempercayai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas meretakkan perpaduan umat Islam di negara ini. Pada ketika itu, kata beliau, Pas dilihat memperjuangkan Islam dan wajib disokong secara mutlak sehingga khuatir menjadi murtad atau kafir jika memberi sokongan atau mengundi UMNO. "Apa lagi kalau undi Pas ketika itu dijanjikan ganjaran syurga. Semua orang akan teruja dengan tawaran sedemikian termasuk lunaknya kempen politik yang menggunakan ayat al-Quran dan hadis. "Hakikatnya, Pas bukan 'agama' yang wajib dianuti kerana ia adalah pertubuhan politik yang boleh berubah-ubah dasarnya mengikut keperluan dan acuan pemimpinnya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Haji Wan Omar, dekat sini hari ini. Md. Hassan berkata, penyokong Pas ketika itu boleh dikatakan buta hati dan percaya sepenuhnya orang UMNO kafir sehingga sanggup memulau mereka walaupun terpaksa menderhakai ibu bapa sendiri yang berlainan parti. Beliau berkata, hukum kafir terhadap UMNO disokong kuat dengan hujah menentang perjuangan Islam yang ditegakkan oleh Pas serta pendekatan politik UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC. "Sokongan terhadap Pas semakin kuat dan berpanjangan selepas bersara daripada tentera. Saya kira dalam dua penggal bertungkus-lumus bersama Pas menyedarkan saya tentang pembohongan Amanat Haji Hadi yang tidak wajib dipatuhi. "Saya amat tidak setuju UMNO dikafirkan. Mereka pun sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat, tunai haji malah tidak pernah menolak Islam. Orang UMNO tidak pernah pun mengkafirkan Pas apabila parti itu bekerjasama erat dengan DAP," katanya. Beliau yang kini bekerja sebagai buruh binaan berkata, pengalaman lampau bersama Pas dan terpedaya dengan Amanat Haji Hadi memberi keinsafan kepadanya untuk menolak perjuangan Pas yang menyimpang daripada landasan sebenar agama. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121229/po_11/Bekas-askar-sokong-Pas-kerana-dijanji-syurga#ixzz2GUIRfvcg © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.