Pages

Subscribe:

25 Disember, 2012

Zakat fitrah tidak boleh diberikan kepada imam UMNO? PASIR PUTEH 25 Dis. - Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir. Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu. Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja. Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja. Amanat: Presiden Pas jangan terus membisu KOTA BHARU 25 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981. Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, menurut prinsip Islam, Abdul Hadi perlu memperbetulkan semula kesalahannya supaya masyarakat tidak terus keliru. Beliau berkata, Pas sendiri telah melanggar amanat yang dibuatnya kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP atas dasar tahaluf. "Kita minta supaya Abdul Hadi respons kepada tuntutan masyarakat supaya dia membetulkan balik apa yang salah. Itu prinsip Islam, kalau kita buat sesuatu yang salah maka kita perlu betulkan balik. "Kalau dia kata dahulu tidak boleh kerjasama dengan kafir, kemudian dia buat kerjasama dengan DAP, dia kata dalam parti dia boleh atas dasar tahaluf, jadi sekarang dia kena betulkan masyarakat semua, jangan betulkan dalam parti dia sahaja, itu yang kita minta," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.