Pages

Subscribe:

23 Januari, 2013

[hang nadim] Gerak hati, ingin lihat sendiri bawa PM ke Palestin.....

Cosmetics firm, FB groups raise funds January 21st, 2013New Straits Times KUALA LUMPUR – CONCERNED over the plight of beleaguered civilians in Palestine, a cosmetics company and two Facebook groups have organised a charity auction to help raise funds for Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad. Ushine Heatlh and Beauty, Malaysia Cook Along Team (MyCat) and Cantik Dalaman & Luaran Facebook groups collaborated for the one-day event and raised RM30,000 from auctions and booth sales. In collaboration with Kraftangan Malaysia, the “Jom Lelong” event saw various items from personalities being auctioned to raise funds. Kraftangan Malaysia chairman Datuk Sohaimi Shahadan said the people in Palestine still needed help even with the current ceasefire in place. “Even with the condition somewhat stabilised, they (Palestinians) still need help to lead their day-to-day lives. “All proceeds will go directly to the fund. This event is special because people, including me, are auctioning off their own items for the cause,” he said while launching the event yesterday. Sohaimi participated in the auction by selling off two of his favourite watches, two ties and a pair of shoes. Among the items auctioned, one particular item stood out, an autographed guitar by Joe Wings, which went for RM800. Another item that sparked a heated bidding was a 21-year-old original poster of rock group Wings which had been autographed by its members. Proceeds from the auctions and sales were received by Media Prima Berhad group general manager (stakeholder management) Zulkifli Mohd Salleh, representing Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad. Source: New Straits Times . '========================================= Gerak hati, ingin lihat sendiri bawa PM ke Palestin Najib tun Razak memangku anak Komander Briged Al Qassam, Ahmed Al-Jafari yang maut terkena tembakan roket Israel sewaktu melawat Gaza, semalam. GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mengikut gerak hati apabila mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke sini kerana ingin melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin. Perdana Menteri berkata, walaupun selama ini Malaysia memberikan pelbagai sokongan dan bantuan, namun sokongan itu akan lebih bermakna jika beliau menjejakkan kaki ke bumi Palestin. "Justeru saya lakukan lawatan ini yang dianggap bersejarah memandangkan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia melawat Palestin," katanya. Beliau yang dalam lawatan kemanusiaan ke sini berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan dengan Kabinet Palestin hari ini. Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia). Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di kawasan sempadan. Lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku dan Palestin berkumandang selepas itu. Najib juga memeriksa kawalan kehormat Pasukan Polis Palestin dan mengadakan perbincangan dengan Ismail di Pusat Pemeriksaan Imigresen Rafah. Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah. Perdana Menteri berkata, Malaysia mengagumi keberanian dan ketabahan rakyat Palestin dalam berhadapan dengan kekejaman Israel. Najib memulakan lawatan dengan mengunjungi beberapa tempat yang musnah akibat serangan Israel pada November lalu. Selain pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh yang musnah, Najib juga turut mengunjungi keluarga Ahmed Al-Jafari iaitu Komander Briged Al Qassam. Ahmed terbunuh apabila kereta yang dinaikinya terkena tembakan roket Israel. Najib mengakhiri lawatan dengan menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Al-Aqsa sebelum berlepas ke Kaherah bagi mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Mesir, Mohamed Morsi. Perdana Menteri dan isteri, yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Mesir tiba di Kaherah 9 malam ini waktu tempatan. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.