Pages

Subscribe:

03 Mei, 2013

[hang nadim] Didik Budiarto, wakil TV3 di Jakarta meninggal dunia.....


Daripada  SAHARUDIN   MUSTHAFA
MENDIANG DIDIK BUDIARTO

JAKARTA 1 Mei - Wakil stesen televisyen TV3 di Jakarta, Didik Budiarto, 54, meninggal dunia di sini hari ini.
Mendiang yang sudah lebih sedekad menyumbang laporan berita dari Indonesia kepada stesen televisyen swasta pertama Malaysia itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 petang waktu tempatan.
Menurut anaknya, Kevin William Timothy, mendiang bapanya yang sedang menonton televisyen bersama seluruh ahli keluarga tiba-tiba mengadu kurang selesa dan meminta dibawa ke hospital.
"Namun begitu, sebaik tiba di hospital papa sudah tiada. Doktor juga tidak dapat berbuat apa-apa," kata Kevin kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.
Laporan berita terakhir yang sempat dikirim Didik kepada TV3 ialah mengenai pusat percutian Tangkuban Perahu di Bandung yang mula dibuka kepada orang ramai selepas ditutup sejak beberapa bulan lalu.
Mayat mendiang Didik akan dikebumikan pada Jumaat ini di Pondok Kelapa di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130501/dn_21/Didik-Budiarto-wakil-TV3-di-Jakarta-meninggal-dunia#ixzz2SHB8FboQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.