Pages

Subscribe:

04 Mei, 2013

[hang nadim] Laporan terhadap pensyarah UPM.....


Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

( Pelajar-Pelajar Wira Negara bakal Pemimpin masa depan ....Insya Allah )

 BENAR KATAKAN BENAR.....SALAH KATAKAN SALAH


KUALA LUMPUR 2 Mei - Seramai 15 penuntut pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat laporan polis bagi meminta satu siasatan dibuat terhadap seorang pensyarah mereka yang didakwa menghasut para pelajarnya supaya membenci kerajaan.

Laporan dibuat pada pukul 4.30 petang di Balai Polis Serdang di sini hari ini.

Salah seorang penuntut yang enggan dikenali berkata, pensyarah yang memegang salah satu jawatan dalam kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Dengkil, dekat sini itu turut memaksa mereka menjalankan kerja-kerja berkaitan politik yang tiada kena mengena dalam silibus pembelajaran.

"Kami membuat laporan polis kerana bimbangkan masa depan sebagai pelajar tahun akhir kerana pensyarah kami telah menyalahgunakan kuasa.

"Ini termasuk mengugut akan menggagalkan subjek yang diambil iaitu Pengurusan Makmal Sains jika kami enggan terlibat dalam aktiviti politiknya.

"Malah, pensyarah itu turut mengugut akan menggagalkan penuntut yang tidak menyokong parti pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Penuntut itu turut mendakwa, dia dan rakannya diberi tugasan tidak masuk akal dan tiada kaitan dengan kerja kursus serta boleh menimbulkan sentimen kebencian terhadap kerajaan pemerintah.

"Kami diberi tugasan menghasilkan kerja kursus bertajuk Lynas, Scorpene, skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan Altantuya. Ini tiada kaitan langsung dengan subjek Pengurusan Makmal Sains yang diajar," katanya lagi.

Dakwanya lagi, pensyarah itu antara lain turut meminta pelajar menguruskan kempen tanpa permit di Kampung Olak Lempit, Dengkil dan mencari 200 jentera parti pembangkang untuk menggantikan keputusan ujian.

Sehubungan itu, katanya, surat rasmi akan dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi esok bagi meminta tindakan tegas diambil terhadap pensyarah tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130503/je_06/Laporan-terhadap-pensyarah-UPM#ixzz2SN22f8yr © Utusan Melayu (M) Bhd



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.