Pages

Subscribe:

09 Mei, 2013

[hang nadim] Pertahan hak bangsa Melayu.....الدفاع عن حقوق الملايو.....Ipagtanggol ang mga karapatan ng mga Malays .....


Oleh KAMIL MASLIH
Hasan Hamzah, Roslan Dahaman
KUALA LUMPUR 9 Mei - Kekuatan sinergi akhbar-akhbar Melayu yang menjadi landasan perjuangan kemerdekaan negara pada 1957 perlu dikembalikan untuk menjunjung dan mempertahankan hak bangsa Melayu.
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah berkata, gerakan itu amat penting agar akhbar-akhbar Melayu dapat menjadi satu suara besar untuk melindungi kedudukan kaum Melayu yang merupakan majoriti di negara ini.
“Sepatutnya akhbar-akhbar Melayu berani menyatakan perkara yang hak, tidak perlu lagi takut untuk membidas kerana majoriti kaum Cina langsung tidak menghargai begitu banyak budi yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada mereka.
“Kita telah ditikam dari belakang, cuma kita tidak mati sahaja, yang berkorban selama ini pun orang Melayu dan yang akan terkorban juga akhirnya adalah bangsa Melayu sekiranya perkara ini dibiarkan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff semalam bahawa media yang berteraskan orang Melayu, sama ada tradisional mahupun elektronik harus membentuk sinergi bersama sebagai satu pasukan dalam mempertahan serta memperjuangkan suara komuniti itu.
Dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, sokongan kaum Cina terhadap kerajaan BN terlalu rendah walaupun pelbagai inisiatif telah diambil kerajaan BN bagi menjaga kepentingan kaum itu di negara ini.
Menurut Hasan, beliau mengucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia yang berani mempertahankan hak kaum Melayu kerana selama ini akhbar-akhbar Cina seringkali membangkitkan isu berbau perkauman bagi melindungi kepentingan kaum itu.
“Saya mahu bertanya kepada bangsa Melayu, wahai bangsaku, apa lagi bukti yang kita perlukan, kita tidak boleh berlembut lagi dan kita perlu bersatu untuk mempertahankan hak bangsa Melayu dan membina kekuatan ekonomi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman berkata, akhbar-akhbar Melayu perlu bergerak bersama untuk menjadi tunjang kepada perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam.
“Orang Melayu perlu ditanam dengan sikap perjuangan sejak dari kecil lagi agar nasib bangsa ini tidak merempat di negara sendiri, kita mesti sentiasa mempertahankan hak Melayu," katanya.
Jelas beliau, akhbar-akhbar Melayu serta medium lain sememangnya platform terbaik untuk memupuk kekuatan perpaduan Melayu bagi menghadapi segala cabaran yang perlu ditempuhi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130510/dn_01/Pertahan-hak-bangsa-Melayu#ixzz2SqCRUEvg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anwar yang mulakan api perkauman - Ezam

KUALA LUMPUR 9 Mei - Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor menyifatkan api perkauman yang melanda negara hari ini berpunca daripada permainan politik terdesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jelasnya, sewaktu beliau menjadi Ketua Pemuda PKR dahulu, Anwar pernah mengarahkannya supaya menarik undi masyarakat Cina semaksimum mungkin kerana menyedari tidak mampu mendapatkan sokongan penuh orang Melayu.
Tambah Ezam, beliau diminta memberi harapan palsu kepada pengundi Cina serta menyelar dasar-dasar yang pro-Melayu.
Berikut kenyataan penuh Ezam:
1. Api perkauman yang melanda negara hari ini bermula daripada permainan politik terdesak Anwar yang bermain politik melampaui batas.
2. Saya pernah ingatkan rakyat tentang hal ini semasa menyatakan sebab-sebab utama saya tinggalkan Anwar hampir 10 tahun lalu.
3. Saya telah nyatakan bagaimana Anwar meminta saya sebagai Ketua Pemuda PKR pada masa itu untuk tumpu tarik undi Cina secara maksimum kerana sedar beliau tidak akan mampu mendapat sokongan maksimum orang Melayu kerana masalah moral yang melandanya.
4. Untuk mendapat undi maksimum Cina, saya diminta memberi harapan palsu kepada mereka dan menyelar dasar-dasar pro-Melayu.
5. Saya tidak sanggup melakukan perbuatan yang jelas hanya satu taktik politik kotor untuk menarik undi maksimum satu kaum dengan menghina bangsa saya sendiri.
6. Anwar meneruskan taktik politik jahat ini dan selepas hampir 10 tahun, hari ini kita saksikan sikap perkauman negatif yang melanda negara hasil taktik jahat dan adu domba Anwar.
7. Saya ingin sekali lagi mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya sedar bahaya ini timbul kerana ada pemimpin seperti Anwar yang rakus dan kemaruk untuk menjadi perdana menteri dengan apa cara sekalipun termasuk menghina dasar bangsa sendiri untuk mendapatkan undi maksimum bangsa lain.
8. Kerana nafsu serakah inilah negara hari ini menanggung bahana api perkauman yang sengaja dirancang untuk hanya mencapai kegilaan menjadi perdana menteri.
9. Manusia ini jugalah yang menjual akidah dengan fahaman pluralisme dan liberalisme beliau serta sikap pro-murtad bersama anaknya, malah dia juga dalang menggadai kalimah Allah.
10. Sekiranya kita memahami permainan kotornya ini, wajib kita memeranginya atas nama agama, bangsa dan negara. Anwar adalah punca keruntuhan tamadun negara ini dengan politik melampaui batas yang diamalkan.
11. Bagi orang Cina saya menasihatkan bahawa Anwar tidak jujur dalam memperjuangkan hak mereka. Ia hanya untuk mendapatkan undi maksimum Cina bagi mengimbangi Melayu yang tidak boleh menerima seorang Perdana Menteri yang berkelakuan songsang.
12. Lihatlah rekod Anwar semasa berkuasa dahulu. Apakah dia membela hak-hak Cina? Jangan jadi mangsa manusia pembohong dan rakus kuasa ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130509/dn_31/Anwar-yang-mulakan-api-perkauman---Ezam#ixzz2SqD6NJT1
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Pemimpin luar ucap tahniah kepada Najib, puji proses PRU-13

KUALA LUMPUR 9 Mei - Kalangan pemimpin dan duta asing mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memuji proses pilihan raya umum yang menurut mereka diadakan secara demokratik.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang mengucapkan tahniah kepada Najib berkata, kemenangan itu dicapai di bawah kepimpinan cemerlang beliau.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Najib atas pelantikan semula sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menurut Presiden Iran itu, senario itu dapat diterjemahkan sebagai sokongan padu terhadap dasar-dasar Barisan Nasional.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Iran di sini, Ahmadinejad berkata, beliau yakin hubungan dua hala di bawah kepimpinan Najib akan terus kukuh dan
"bertambah kukuh dari hari ke hari, seperti di masa lalu".
"Saya berdoa kepada Allah semoga merahmati Yang Amat Berhormat dan kerajaan serta rakyat Malaysia dengan kesihatan yang baik, kejayaan dan kemakmuran," katanya.
Sementara itu, Duta Azerbaijan, Prof Dr. Qaley Allahverdiyev berkata, PRU-13 telah diadakan secara penuh demokratik dan aman.
"Proses pilihan raya berjalan dengan baik. Dengan mengambil kira bahawa terdapat protes pada tahun lepas dan awal tahun ini, pilihan raya umum baru-baru ini dan kempen berjalan dengan amat baik," katanya kepada Bernama. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130509/dn_35/Pemimpin-luar-ucap-tahniah-kepada-Najib-puji-proses-PRU-13#ixzz2SqE7pBEr
© Utusan Melayu (M) Bhd 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.