Pages

Subscribe:

18 Jun, 2013

[hang nadim] Halimah diminta serah diri.....سألت حليمة إلى تقديم أنفسهم .....



KUALA LUMPUR 18 Jun - Polis meminta Halimah Hussein yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.
Pengarah Jabatan Petugas Khas (Operasi dan AntiPengganas), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya kini giat mengesan ibu tunggal berusia 52 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan pengganas.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi amaran mana-mana individu yang memberi perlindungan kepada suspek adalah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau penjara seumur hidup.
"Polis percaya suspek masih berada di dalam negara dan orang ramai diminta memberi kerjasama menyalurkan maklumat.
"Mereka yang bersubahat dan sengaja tidak memberi maklumat mengenai suspek melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sampai tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan polis bertindak menyerbu tujuh lokasi dipercayai lokasi persembunyian Halimah secara serentak di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor awal pagi semalam bagi gerakan memburu suspek namun gagal menemuinya,
Suspek sebelum ini pernah ditahan dan didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas tersebut bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, 49, dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim,33.
Pada 27 Mei lalu, dua individu tersebut dilepaskan dan dibebaskan bersama Halimah namun telah ditangkap semula dan dituduh di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas.
Suspek juga dikehendaki bagi kesalahan yang sama namun menghilangkan diri selepas dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Mei lalu.
Ketiga-tiga mereka juga disyaki ahli kumpulan sama dengan dua rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda masih ditahan di Beirut, Lebanon iaitu Razif Mohd. Arif, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa, 21.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130619/je_03/Halimah-diminta-serah-diri#ixzz2Wc3X8htN © Utusan Melayu (M) Bhd 

Remaja 15 tahun ditahan

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH 18 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikesan membeli beberapa laras senjata tiruan menerusi internet pada Sabtu lalu.
Pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumahnya berdasarkan alamat yang tertera pada bungkusan kurier yang dipesan remaja itu.
Lebih mengejutkan, kesemua senjata yang dibeli remaja itu bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat adalah RM878.88.
Pengarah Kastam Perak, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, pihaknya masih menyiasat motif dan sumber kewangan remaja bawah umur itu membeli senjata tiruan berkenaan.
Beliau berkata, remaja terbabit ditahan susulan rampasan lapan senjata tiruan import tanpa permit yang dikesan selepas pemeriksaan dilakukan mesin pengimbas di Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh di sini.
"Antara senjata yang dirampas semasa pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu adalah jenis M16, raifal MP5, pistol jenis Glock dan Colt 45 automatik," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Mohd. Nasir berkata, remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967 manakala pihaknya sedang mengesan individu lain terlibat dengan pembelian tiga lagi senjata tiruan yang dirampas.
"Kesemua senjata tiruan berkenaan menyerupai senjata sebenar, berkualiti tinggi dan boleh membawa maut jika disalahgunakan. Kebanyakan senjata lain menggunakan peluru getah manakala raifal MP5 pula menggunakan peluru tembaga," katanya.
Sementara itu, dalam kes lain, beliau berkata, seorang lelaki ditahan di Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu kerana memiliki senjata tiruan.
"Lelaki tersebut ditahan bersama senjata jenis Air Rifle yang dianggarkan bernilai RM758.58 yang melibatkan cukai sebanyak RM303.43," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130619/je_01/Remaja-15-tahun-ditahan#ixzz2Wc5yRpn9
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Budak beli senapang di internet
 Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

Budak beli senapang di internetPengarah Kastam Perak, Datuk Mohd Nasir Said (kiri) menunjukkan senapang angin dan senjata  tiruan  yang dirampas, semalam.
Ipoh: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perak mengesan pembelian senapang angin dan pistol 
tiruan dari luar negara menerusi internet oleh seorang pelajar 15 tahun di sini pada Sabtu lalu.

Dikesan kastam 

Pembelian dua laras senapang MP5, masing-masing selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk 
pistol Glock itu dikesan menerusi pengimbas Unit Kastam Pos yang ditempatkan di pejabat 
Pos Malaysia  di sini. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.