Pages

Subscribe:

28 Jun, 2013

[hang nadim] Jadi bangsa Malaysia, elak perbesar isu perbezaan kaum.....

So the people of Malaysia, to avoid the 

issue of racial view

Kuala Lumpur: Usaha mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini bukan satu masalah besar, sekiranya masyarakat berbilang kaum tidak memperbesarkan titik perbezaan, sebaliknya mencari persamaan sebagai 'orang Malaysia'.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata walaupun berpegang kepada prinsip orang Malaysia, ia tidak mengikis dan menafikan identiti masyarakat berbilang kaum, yang ada di negara ini. 

Katanya, tidak menjadi masalah bagi setiap individu negara ini untuk mengekalkan identiti kaum masing-masing, namun di peringkat nasional ataupun antarabangsa mereka perlu tampil sebagai orang Malaysia tanpa perlu ada jalur ektnik ataupun kaum. 

Kita perlu didik di semua peringkat dalam kehidupan supaya kita berinteraksi sebagai orang Malaysia” Zainal Kling, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya MPN

“Sekarang ini kita sentiasa membesarkan perbezaan, sepatutnya kita harus menyamakan diri kita pada satu persamaan paling utuh paling tegas sebagai orang Malaysia. Jangan lagi ditegaskan kita sebagai orang yang berbeza.

“Perbezaan kaum ada di mana-mana negara di dunia ini, perkara ini kita perlu didik di peringkat sekolah, di pejabat dan dalam kehidupan supaya kita berinteraksi sebagai orang Malaysia,” katanya.

Zainal sebelum itu menyampaikan ucaptama Wacana Penyatuan Nasional, Perbincangan Meja Bulat: Konsep dan Cabaran anjuran MPN dengan kerjasama BH.

Gunakan bahasa kebangsaan 
Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, Zainal berkata, sememangnya bahasa kebangsaan itu menjadi jambatan kepada usaha untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, Bahasa Melayu yang sudah dipersetujui sebagai bahasa kebangsaan bukan saja perlu dihormati, malah harus digunakan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini dan pada masa sama tidak pula mengenepikan bahasa ibunda kaum lain. 

“Kita perlukan satu bahasa untuk boleh berhubung antara satu sama lain dengan satu bahasa, ia penting bagi menghubungkan antara satu sama lain, pada masa sama bahasa lain wajib digalakkan,” katanya

Anwar perlu hormati keluarga arwah



KUALA LUMPUR 27 Jun - Sikap tamakkan kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim terserlah apabila Ketua Pembangkang itu tergesa-gesa ingin merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang kosong selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap yang ditunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut jelas tidak menghormati keluarga Allahyarham yang masih bersedih.
"Saya rasa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersabar dahulu kerana bagi kami perlu hormati keluarga arwah yang masih sedih atas pemergian Allahyarham.
"Inilah sikap orang politik pembangkang, baginya itu adalah perkara yang menggembirakan, kemudian tunjuk sikap tamak untuk terkam kerusi di situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam bahawa kerusi yang dikosongkan Allahyarham itu merupakan peluang terbaik kepada pembangkang merampas kembali kawasan berkenaan.
Kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diluahkan semalam iaitu pada hari A. Rahman meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat komplikasi paru-paru.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Allahyarham menang terhadap calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah (6,375 undi).
Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemanan berkata, calon bagi kerusi tersebut hanya akan diputuskan selepas keadaan reda bagi menghormati keluarga Allahyarham.
"Bagi saya, ini masih waktu bersedih untuk kami," katanya lagi.
Jelasnya, sebarang perbincangan tentang nama calon tidak wajar dilakukan sekarang memandangkan pihak keluarga masih bersedih dan perlu menunggu notis dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang kekosongan kerusi tersebut.
"Kami belum fikir pasal calon, masih terlalu awal," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130628/po_06/Anwar-perlu-hormati-keluarga-arwah#ixzz2XYg75kxD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anwar gila kuasa, berkhayal


KUALA LUMPUR 28 Jun - Sifat gila kuasa yang dimiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakibatkan Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan pakatan pembangkang menerima mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Beliau yang pernah berganding bahu dengan Anwar ketika mengasaskan PKR memberitahu, Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.
"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin pakatan pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Chandra mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13.
Tambah Chandra, Anwar akan terus berpegang pada keyakinan tidak berasas itu selagi ada pihak yang menyokongnya dari belakang.
"Namun, saya berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot," ujarnya.
Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad menyifatkan Penasihat PKR tersebut sebagai seorang yang khayal.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) menjelaskan, keputusan PRU-13 secara logiknya menyebabkan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
"Bagaimanapun sifat Machiavellinisme pada diri Anwar mendorongnya menggunakan pendekatan sosiologi termasuk menganjurkan demonstrasi jalanan seperti yang disarankan penulis Barat, Gene Sharp bagi membantah keputusan PRU-13.
"Kita bimbang kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat ekoran pengaruh mobilisasi sosial yang didalangi Anwar," katanya.
Ismail Mina turut berpandangan, pengaruh Anwar tidak boleh dipandang remeh kerana beliau mempunyai jaringan luas dan hati cukup keras untuk melaksanakan perancangannya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130629/po_01/Anwar-gila-kuasa-berkhayal#ixzz2XYfPr451
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.