Pages

Subscribe:

13 Julai, 2013

[hang nadim] Jenazah Allahyarham Abu Zahar dikebumikan pagi ini.....



JASIN 13 Julai - Rakyat di negeri ini boleh memberi penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin di Masjid Al-Azim kira-kira pukul 11 pagi hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata semalam, jenazah akan dibawa dari kediaman rasmi Allahyarham di Merlimau Pasir kira-kira pukuk 10 pagi esok untuk ke Masjid Al-Azmin.
Beliau yang menziarahi jenazah Allahyarham malam tadi berkata, jenazah akan disembahyangkan dan dikebumikan di Makam Pahlawan di masjid berkenaan sebelum solat Zohor. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_20/

Jenazah-Allahyarham-Abu-Zahar-dikebumikan-pagi-ini#ixzz2YvJKrWIL
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Abu Zahar Ithnin
MELAKA 12 Julai - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di kediamannya di Merlimau Pasir di sini hari ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 5.50 petang di samping isterinya, Datin Seri Khalijah Jiddi, 66, serta enam orang anak dan 20 cucu.
Menurut anak kelimanya, Muhd. Idi Iskandar, 34, Allahyarham bapanya sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang.
"Selepas hampir sebulan mendapat rawatan di sana, bapa kemudian telah dimasukkan pula ke Hospital Melaka, Isnin lalu.
"Bagaimanapun, semalam doktor yang merawat bapa membenarkannya dibawa pulang ke rumah," katanya kepada pemberita ketika ditemui.
Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Menteri, Datuk Idris Haron; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad dan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman.
Menurut Muhd. Idi, bapanya mengadu sakit dan muntah-muntah sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.50 petang.
"Kami sekeluarga kehilangan seorang yang sangat disayangi dan kami reda dengan ketentuan Ilahi," katanya sayu.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Negeri sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan kira-kira pukul 11 pagi esok.
Abu Zahar dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Kelapan menggantikan Datuk Seri Mohd. Zain Abdul Ghani yang meninggal dunia pada 1997.
Beliau merupakan bekas ADUN Sungai Rambai dan ADUN Merlimau selain Speaker Dewan Undangan Negeri dari 1986 hingga 1995.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130713/dn_03/Abu-Zahar-Ithnin-meninggal-dunia#ixzz2YvKcwdm6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas Ketua Menteri Melaka meninggal dunia

JASIN - Bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang semalam.
Allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.50 petang di kediamannya di Kampung Merlimau Pasir, Merlimau di sini.
Anak lelaki tunggal yang merupakan anak kelima Allahyarham, Muhd. Idi Iskandar, 34, berkata, ayahnya mula dimasukkan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur sejak hujung Mei lalu akibat penyakit berkenaan.
"Ayah kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka pada Isnin lepas sebelum dibenarkan pulang malam semalam (kelmarin).
"Dia bagaimanapun meninggal dunia di hadapan ahli keluarga petang tadi (semalam)," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Turut menziarahi jenazah Abu Zahar ialah Ketua Menteri Melaka, Idris Haron.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0713&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2YvMb7nsM 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.