Pages

Subscribe:

18 Julai, 2013

[hang nadim] Keiklasan.....kejujuran......kasih sayang keluarga.....sincerity ..... love, honesty ...... .....


Disebuah desa yang subur, hiduplah dua lelaki bersaudara. Sang abang telah berkeluarga dengan 2 orang anak, sedangkan si adik masih bujang.

Mereka mengerjakan serelung sawah berdua dan ketika musim menuai, hasilnya mereka bagi sama rata.

Disuatu malam setelah menuai, si adik duduk sendiri dan berfikir "pembahagian ini sungguh tidak adil, seharusnya abangku lah yang mendapat bahagian lebih banyak kerana dia hidup dengan isteri dan kedua anaknya.

Maka dimalam yang sunyi itu diam-diam dia memikul satu karung padi miliknya dan meletakkannya dikepuk padi milik abangnya.

Ditempat yang lain, sang abang juga berfikir "pembahagian ini adil jika adikku mendapat bahagian yang lebih banyak, kerana dia hidup sendiri, jika terjadi apa-apa dengannya tak ada yang mengurus, sedangkan aku ada anak dan isteri yang kelak merawatku.

Maka sang abang pun bergegas mengambil satu karung padi dari kepuknya dan menghantarkan dengan diam-diam ke kepuk milik sang adik.

Kejadian ini terjadi bertahun-tahun...

Dalam benak mereka ada tanda tanya, kenapa simpanan padi mereka seperti tidak berkurang meski telah menguranginya setiap kali musim menuai?

Hingga disuatu malam yang lengang setelah menuai, mereka berdua bertemu ditengah jalan.

Masing-masing mereka memikul satu karung padi...

Tanda tanya dalam benak mereka terjawab sudah, seketika itu juga mereka saling memeluk erat, mereka sungguh terharu berurai air mata menyedari betapa mereka saling menyayangi.

Beginilah seharusnya kita bersaudara...

Jangan biarkan Harta menjadi pemicu permusuhan melainkan menjadi perekat yang teramat kuat diantara saudara.

Allah telah menanamkan cinta pada hati mereka yang mau lelah memikirkan nasib saudara-saudara mereka...

Allah tidak akan membiarkan kita kekurangan jika kita selalu berusaha mencukupi kehidupan orang lain...

Allah tidak akan menyusahkan kita yang selalu berusaha membahagiakan orang lain...

Selamat berpuasa...
 — with Ina Trimo and 3 others.
Unlike ·  ·  · 19 hours ago via mobile · 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.