Pages

Subscribe:

20 Ogos, 2013

[hang nadim] 2 arrested trying to bribe MACC.....

KUALA LUMPUR, August 20 - Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has arrested two men, including a truck driver supplier of liquefied petroleum gas (LPG) for attempting to bribe an officer of the agency raided a storage area of ​​the bus at the Sungai Buaya, Rawang near here last night.
Both of those aged 28 to 40 years before it was arrested while trying to transfer the gas into another tanker others for illegally sold in the market industry.
Conducted raids MACC officers and members of the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (Ministry) beginning at 6 pm to 12.30 midnight after nearly six months of intelligence in the area.
Chief Senior Assistant Superintendent MACC Headquarters, Mohd. Commanders Zakaria said the two suspects arrested for trying to bribe enforcement officers operating so as not to prevent them.
"When arrested the two suspects are being carried out work to transfer LPG cylinder containing 5,000 liters of RM2, 000 from a lorry truck to another provider.
"They should send the LPG gas suppliers or factories, but is detected pause to remove a little of the gas to other trucks for sale to illegal buyers," he said in a press conference after leading the operation.
He said the two suspects are being investigated under Section 17 (b) of the MACC Act 2009 for offering bribe RM2, 000 to the enforcement officer involved in the operation.
He added that, if found guilty, they could be jailed up to 20 years and a fine of not less than five times the bribe amount or RM10, 000 whichever is higher.
The case is being investigated under the Control of Supplies Act 1961.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130821/je_05/2-diberkas-cuba-rasuah-SPRM#ixzz2cYPMP3Dx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 diberkas cuba rasuah SPRM

Oleh NORAZRIN MARZUKI
pengarang@utusan.com.my

Pegawai SPRM dan KPDNKK memeriksa lori yang memindahkan gas LPG bersubsidi dalam operasi pencegahan di bengkel bas dan lori di Jalan Sungai Buaya, Rawang, Selangor, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki termasuk seorang pemandu lori syarikat pembekal gas petroleum cecair (LPG) kerana cuba merasuah pegawai agensi itu yang menyerbu sebuah kawasan simpanan bas di Sungai Buaya, Rawang dekat sini malam tadi.
Kedua-dua mereka yang berusia 28 dan 40 tahun sebelum itu ditahan ketika cuba memindahkan gas tersebut ke dalam sebuah lagi lori tangki lain untuk dijual secara haram di pasaran industri.
Serbuan dijalankan pegawai dan anggota SPRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pukul 6 petang hingga 12.30 tengah malam selepas membuat risikan hampir enam bulan di kawasan tersebut.
Ketua Penolong Kanan Penguasa Ibu Pejabat SPRM, Mohd. Yussof Zakaria berkata, kedua-dua suspek ditangkap kerana cuba merasuah pegawai penguat kuasa yang menjalankan operasi agar tidak menahan mereka.
"Ketika ditahan kedua-dua suspek sedang menjalankan kerja-kerja memindahkan silinder mengandungi 5,000 liter LPG bernilai RM2,000 dari lori pembekal ke sebuah lori lain.
"Mereka sepatutnya menghantar gas LPG tersebut kepada pembekal atau kilang-kilang sebenar, tetapi dikesan berhenti seketika untuk memindahkan sedikit daripada gas itu ke lori lain untuk dijual kepada pembeli haram," katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi itu.
Beliau berkata, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawarkan suapan RM2,000 kepada pegawai penguat kuasa yang terbabit dalam operasi tersebut.
Tambahnya, jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Kes itu turut disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130821/je_05/2-diberkas-cuba-rasuah-SPRM#ixzz2cYO71Dkp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.