IKLAN TULISAN JAWI TAHUN 1950 an
( Masih dalam simpanan hang nadim )
Tulisan Jawi (توليسن جاوي), juga dipanggil Yawi Pattani ialah sejenis abajad Arab
yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu.Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Bernai , dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh Abjad Rumii, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani Di Thailand, Kelantan Di Malaysia dan beberapa kawasan penempatan Melayu di Indonesia.
Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam , khususnya daripada Orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi
ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya
TULISAN JAWI PERLU DI PERTAHANKAN DAN DIGUNA SEMULA.....
Milo Basikal Minyak Rambut Ubat
KULIT KOMIK PUTERA HANG TUAH
IKLAN MILO TERKINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.