Pages

Subscribe:

08 Ogos, 2013

[hang nadim] Saat menggemparkan seluruh dunia......عندما صدمت العالم.......



5.50 petang , 22 Jun 2002, PWTC.

Saat menggemparkan seluruh dunia.

"Rafidah berulang kali tanya saya 'why....why...why... kasut tumitnya patah sewaktu meluru ke arah saya"

"Hishamudin Hussein, KP UMNO sebak tak dapat kawal perasaan"

"Budak Nakal UMNO Ibrahim Ali meluru naik ke atas pentas"

"Hasmah terkejut dan mulut ternganga apabila wartawan ambil gambar beliau"

"TUN ABDULLAH minta pengerusi tetap gesa saya tarik balik keputusan saya"

"Keadaan dewan kacau bilau"

"Perwakilan berteriak sambil nyanyi lagu parti dan laungan "JANGAN.."JANGAN"

Ab Majid Othman Ketika pengumuman itu saya sedang masuk TOL Sg Dua sambil mendengar siaran langsung.....dan menyatakan kepada penjaga Tol PM Letak jawatan.....titisan Air mata berderai tanpa disedari kerana sayangkan Pemimpin yang menjadi Idola dan rasa terkilan dengan kutukan dari manusia yang tidak pernah menilai yang mana Intan atau kaca......kerana kerakusan untuk menguasai Politik.....Saya tetap bangga dengan TUN.....Selamat Panjang umor dan sihat sepanjang hayat.....Allah akan membalas jasa Tun kerana membina Bangsa ,Negara dan agama.....

Syamir Jeben Semua nampak apa yg berlaku di pwtc masa tu...tapi hakikatnya diluar pwtc...brapa ramai yg tercenggang ...bramai ramai yg menamggis brapa ramai yg rasa it end of malaysia dan brapa ramai yg bemci tun pun terkejut di hati kecil mereka nak tun trus meneraju kepimpinan....termasuk pemimpin pembNgkang....jujur...

Khairul Anuar Bin Kassim Masa tu baru kita nampak siapa yang betul2 ikhlas dengan tun. Rafidah dan nazri memang tak ikhlas.

BICARAKU PADA PEMBENCI TUAH! 

Kalian yang mengutuk Tuah,
kemari!
Kita berbicara.

Apalah ikhtiar Tuah:
Di kanan, hukum Raja berkuasa.
Di kiri, teman yang sudah derhaka.
Jebat tinggal seorang diri.
Kasturi, Lekir, Lekiu bukan sahabat lagi.
Di pinggang
menggeletek Pamong Sari Bukit Siguntang.

Kalau kalianlah Tuah, tertitah
membuang Jebat
apa bisa kalian buat?

Dari riak muka kalian
sudah tahu aku:

Kalian adalah Tuah, Kasturi,
Lekir dan Lekiu.
Kalian patuh pada tuan.
Jebat kan jadi habuan
di tangan kalian.

Usahlah Tuah kalian kutuk
kalau kalian sepertinya mengikut telunjuk.

Kalian yang menjulang Jebat
kemari!
Kita bicara.

Di kanan, Tuah mati ditikam.
Di kiri, Raja berlaku kejam.
Kasturi, Lekir, Lekiu tak ambil peduli.
Jebat, nekad dalam bara api
Mau dibayarnya budi.

Di pinggang
menggelepar keris Taming Sari.
Tiada gentar lagi Jebat pada mati.

Kalau kalianlah Jebat
bersugul kematian sahabat
apa bisa kalian buat?
Dari raut muka kalian
sudah tahu aku:
Kalian adalah Tuah, Kasturi,
Lekir dan Lekiu.
Takkan berani kalian melawan tuan.
Takkan ada pada kalian
semangat setiakawan pada yang
keseorangan.

Usah berpura menyanjung Jebat
Kalau yang kalian ucap, bukan yang terbuat

Puisi ditulis oleh: KhalifahGayong 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.