Pages

Subscribe:

09 Ogos, 2013

[hang nadim] Saya telah terhutang budi kepada rakyat Malaysia .....Kerana????


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD












"Saya telah terhutang budi kepada rakyat Malaysia kerana dengan sokongan mereka telah membolehkan saya menerajui negara yang saya cintai ini selama 22 tahun.

Saya telah berusaha sedaya upaya, tetapi saya tidak boleh menjadi hakim kepada rakyat Malaysia kepada apa yang telah saya lakukan. Terserahlah kepada rakyat hari ini dan generasi akan datang untuk menilainya.

Apa pun, saya akui kepuasan yang paling besar yang saya rasai ialah melihat kejayaan rancangan serta dasar yang digubal dan dilaksanakan ketika saya menjadi Perdana Menteri.

Saya tidak mendakwa yang semua kejayaan itu adalah hasil kerja saya seorang. Rakyat daripada setiap lapisan masyarakat, kakitangan awam, rakan-rakan sekerja dalam Kerajaan dan ahli-ahli parti, semuanya turut memberi sumbangan.

Saya berdoa ke hadrat Allah SWT di atas kemurahan-Nya dan kerana memberikan saya ibu bapa yang telah membesarkan saya serta menyemaikan nilai-nilai mulia yang memangkinkan pencapaian kerjaya saya,"

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Ab Majid Othman Tun tidak terhutang budi Tapi bangsa kita terhutang budi diatas keikhlasan tun memimpin....dalam menghadapi berbagai cabaran fitnah maki hamun ....dari bangsa sendiri.....itulah yang menyebabkan saya menjeris di Tol Sungai Dua masa Tun Meluahkan kata untuk berundur......"PM Letak Jawatan" itulah laungan sambil deraian airmata.....tidak disedari.....betapa sedihnya saya.....mendengar unggapan Tun yang saya tak boleh terima.......

Nazihah Jia Mi-so Sebagai rakyat msia yg bertugas dluar negara..Saya berbangga mempunyai bekas perdana menteri yang amat dikagumi oleh negara2 islam yg lain..bila sy bcakap mengenai malaysia.perkara pertama yg mereka tahu ialah Tun Dr Mahathir

Soraya Flora I x kisah Tun, org dok kata u jahat ke diktator ke i x pernah rasa selamat dan happy lepas Tun letak jawatan.. Masa Tun jd PM i x perlu risau papepon sbb Tun adalah satu batu besar yg akan hentam org jahat dlm negara ni.. Xde sapa beruk matyeh leh terkinja2 nk itu ini dan jd pengkhianat akhirnya.. Xpe laa Tun dah buat yg terbaik dan itu mmg masa terbaik dlm hidup saya.. Xde ucapan terima kasih dpt membalas budi Tun selama ni tp saya tetap nak kata Terima Kasih Tun

Malam Tadi dengar Ceramah kat masjid, Adalah Seorang Ustaz(ostad) gi ceramah nak selitkan politik. kata Rosmah tak tutup aurat la, sarang tebuan lah semua, lepas tu kutuk beberapa pemimpin BN yang pasal keburukan dia.

Saya dengar memang sakit hati, tapi tiba-tiba ada seorang Jemaah Masjid itu bangun, saya tidak kenal orang itu. "Assalamualaikum Ustaz, saya nak tanya lah, kalau kita mencarut mengutuk menghina orang lain, adakah perlu dalam Islam?"

Ustaz itu menjawab "Apa pulak tak boleh? Sebab kalau kita tengk Al-Quran, nampak sahaja Allah kata bodoh, keji dan lain-lain lagi."
Orang itu menjawab "Allah berkata sedemikian kerana Allah Maha Mengetahui apa akan jadi dengan orang tersebut, ustaz tahu ke? yang ustaz gi kutuk orang macam-macam seperti ustaz tu tahu pula yang dia tu masuk neraka, adakah Ustaz mendapat ilham mengatakan bahawa orang yang ustaz kutuk itu masuk neraka??"

Tergagap ustaz nak jawab tu. Tapi belum sempat ustaz jawab, lelaki itu kata "Tidak perlu jawab Ustaz, saya percaya, ustaz sudah tergagap bermakna tidak boleh menjawab soalan saya, Saya bagi soalan ini untuk menegur ustaz apa yang ustaz buat ini salah. Kita tak patut memburuk-burukkan orang pada majlis ilmu ini, kita sepatutnya ceramah menyatu padukan ummah, bukan nak pecah belahkan lagi. Minta maaf jika saya menyinggung perasaan ustaz" Lelaki itu terus melangkah keluar dari masjid. tidak tahu pergi mana,

Saya pula duduk di belakang sekali berdehem berkali-kali(sebenarnya tahan gelak). Terus ceramah itu diberhentikan oleh Ustaz itu, dan terus Solat Isya'. Kepada lelaki yang beraninya bersuara dengan ayat yang sopan itu, Saya Tabik Spring sama kamu! 

-SS-
(Nama masjid terpaksa dirahsiakan)

Datuk Omar Mohd Dan Hang Nadim dan Rakan-rakan
PELAJAR AL MASHOOR ISLAMIC SCHOOL PULAU PINANG (1966)
,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.