Pages

Subscribe:

16 September, 2013

[hang nadim] Abu-mayat-Chin-Peng-tidak-dibenar-dibawa-ke-Malaysia.....


Abu mayat Chin Peng tidak dibenar dibawa ke Malaysia - PM

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
KOTA KINABALU 16 Sept. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang meninggal dunia pagi ini di Bangkok, Thailand.
Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu. - UTUSAN ONLINE
Chin Peng meninggal dunia pada usia 90
BANGKOK 16 Sept. - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang hidup dalam buangan di Thailand disahkan meninggal dunia di sini, awal pagi hari ini.
Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok. - AGENSI


Banning bring back body
KOTA KINABALU, Sept 16. - The government will not even allow the ashes or remains of General Secretary of the Communist Party of Malaya (CPM), Chin Peng was brought back to this country even asked family members or relatives.
Instead the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak stressed, late will continue to be remembered as a leader involved commit various atrocities on the people of this country, other attacks on security forces.
"The government will never consider a request for Chin Peng's body or ashes buried in Malaysia, too much black history done by the late.
"He is also not a Malaysian citizen, he did not want to become citizens and we do not have any relationship with him at all," he said in a special press conference here this evening.
Who was present, Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
Chin Peng, 90, who lives in exile in Thailand in Bangkok was pronounced dead early this morning due to old age.
Firmly Prime Minister, especially in the era of communist violence emergency has caused thousands of dead, especially the security forces as well as thousands of others suffered injuries and defects.
He said people are also suffering because of destruction of property during the CPM wage war on other government sabotage of the economy.
"The government will not be involved in the funeral arrangements Chin Peng and believe the business will be done in that country," he said.
Police are not allowed to bring back body
KUALA LUMPUR, Sept 16. - The Royal Malaysian Police (RMP) will not allow the body insisted guerilla leader of the Malayan Communist Party (MCP), Chin Peng was brought back to this country even the ashes of the former general secretary of the party though.
Inspector General of Police, Tan Sri Khalid Abu Bakar insists, the court had previously decided Chin Peng is no longer a Malaysian citizen after he joined the guerrillas, the CPM.
"Woe if we want to allow all non-citizens who have been dead buried here (Malaysia). I believe Chin Peng happy if buried in the old country is occupied," he told Utusan Malaysia here today.
He was responding to calls by certain quarters that the government should allow Chin Peng was buried in the country.
Chin Peng, whose real name is Ong Boon Hua who lives in exile in Thailand died in a hospital in Bangkok at 6.20am today due to old age.
During the communist led during the emergency period in 1948 to 1960 and 1968 to 1989, the various atrocities committed Chin Peng and his followers against the security forces and civilians.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130917/dn_06/PDRM-tidak-benarkan-bawa-pulang-mayat#ixzz2f6KyyO8b
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Perhatian buat orang melayu..!!

By~ Mamak Bendahara Paduka Raja.

'Dosa Chin Peng terlalu besar'



KUALA LUMPUR 17 Sept. - Dosa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng terlalu besar terhadap negara ini.
Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth berkata sehubungan itu, tiada ruang walaupun seinci bagi mayat ketua pengganas komunis tersebut memasuki negara ini.
Mohd. Ghazali yang mempunyai ingatan terperinci berhubung kekejaman pengganas komunis menjelaskan, kepulangan mendiang ke tanah air merupakan penghinaan kepada bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban.
Beliau yang mengetuai ketumbukan pertahanan negara pada awal 80-an tidak dapat melupakan kekejaman yang dilakukan pengganas komunis terhadap pasukan pertahanan negara ketika itu.
"Saya sendiri memapah mereka yang cedera dan mengangkat mayat perwira dari medan pertempuran. Saya masih ingat pertempuran di Sungai Siput, Perak yang menyaksikan ramai anak-anak buah saya terkorban akibat kekejaman komunis.
"Darah dan keringat pahlawan terdahulu jangan diabaikan, mereka berjuang sedaya-upaya memastikan anasir yang didoktrinkan Chin Peng ini dihapuskan, biar terkorban nyawa sekalipun," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mayat Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.
Mengulas lanjut, Mohd. Ghazali yang juga Pengerusi Kelab Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) menambah, beliau yakin sesiapa sahaja yang hidup semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989 pasti membantah sebarang simpati terhadap Chin Peng.
Sudah terang lagi bersuluh tegasnya, kekejaman komunis yang membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara perlu dijadikan titik rujukan paling kukuh bagi rakyat.
"Chin Peng adalah ketua komunis yang melakukan kekejaman terhadap negara ini, jangan ada sekelumit sekalipun simpati terhadap pengkhianat negara ini, saya sokong ketegasan kerajaan dalam isu ini," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130918/dn_02/Dosa-Chin-Peng-terlalu-besar#ixzz2fI8uEqDA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Tidak boleh diterima di bumi Malaysia'

 KUALA LUMPUR 16 Sept. - Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun sudah meninggal dunia, mendiang tetap ketua pengganas komunis yang bertanggungjawab membunuh ribuan anggota keselamatan negara.
Katanya, kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang terutama dalam kalangan balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam pengganas komunis.
"Tidak mungkin veteran polis dan tentera akan menerima mayat atau abu mendiang sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu.
"Mendiang tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan Chin Peng dikebumikan di negara ini.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.
Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.
Mendiang bertanggungjawab mengepalai komunis membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kematian Chin Peng tidak akan dianggap sebagai satu kehilangan berikutan pengkhianatan dan keganasan yang pernah dilakukan oleh mendiang pada zaman lampau.
Malah, tegas beliau, Chin Peng yang pernah mengetuai parti komunis di negara ini bertanggungjawab penuh ke atas kematian beribu-ribu anggota keselamatan dan rakyat yang berusaha mempertahankan kedaulatan negara.
"Saya menyokong keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mendiang ditanam di Malaysia, malah semasa mendiang tenat sebelum ini saya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu tidak membenarkan sama sekali beliau dibawa pulang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130917/dn_03/Tidak-boleh-diterima-di-bumi-Malaysia#ixzz2f6MThTDy
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tak mahu dengar nama Chin Peng


TAPAH 10 Okt. - "Bukan sahaja abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke negara ini, namanya pun saya tidak mahu dengar disebut."
Itulah luahan Che Manis @ Latifah Abdullah, 77, yang merupakan balu kepada pahlawan negara, Allahyarham Asisten Supritendan Mohd. Zabri Abdul Hamid yang terbunuh semasa menentang pengganas komunis pada 3 September 1975.
Che Manis berkata, soal komunis tidak sepatutnya dipolitikkan dan pihak-pihak tertentu yang mahu mengangkat komunis dan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai wira negara perlu memikirkan penderitaan ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat kekejaman pengganas komunis.
"Semua orang bebas bercakap apa sahaja yang mereka mahu termasuk mengangkat Chin Peng sebagai wira negara. Bagi mereka yang tidak merasai kehilangan orang tersayang dan penderitaan akibat kekejaman pengganas komunis, mereka tidak akan faham apa yang kami lalui," katanya.
Che Manis menyatakan demikian ketika ditemui selepas majlis gotong-royong membersihkan kubur dan tahlil Allahyarham Mohd. Zabri anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; Ketua Polis Daerah, Supritendan Som Sak Din Keliaw dan veteran-veteran komando VAT 69.
Mohd. Zabri merupakan salah seorang perwira yang paling dikenang dalam pasukan komando itu sehingga sebuah kem latihan di Tasik Banding, Gerik, dinamakan sempena nama Allahyarham.
Allahyarham meninggal dunia akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang pengganas komunis semasa membawa dua anggota komando tercedera ke kawasan pendaratan dalam 'Op Bamboo' pada 3 September 1975.

不想再听到这个名字,秦鹏


塔巴10月10日。 - “骨灰不仅不能带来鹏展进入该国,他的名字甚至提到我不想听到的。”
这表达澈甜@拉蒂阿卜杜拉,77,谁是一个国家英雄的遗孀,后期助理总监莫哈末。此前,阿卜杜勒·哈米德·1975年9月3日在共产主义恐怖,谁被打死。
甜澈说,问题应该不会被政治和谁想要解除作为民族英雄有推测出的苦难家庭成员谁失去亲人的,由于战争对共产党人的共产主义和前总秘书马来亚(CPM),鹏展共产党的共产主义一定的各方。
“每个人都自由地谈论任何他们想要的,包括起重鹏展作为一个国家的英雄。对于那些谁不感到失去的亲人和残暴的共产党人,他们不会明白,我们经历了什么,”他说。
甜澈说这话的时候会见后相互帮助清理坟墓和祈祷后期莫哈末。组织以前塔巴警察在甘榜拿督穆斯林公墓总部今天在这里。
也出席了会议,霹雳的CID主任拿督莫哈末。Dzuraidi主席易卜拉欣,消费者事务,人力资源,民间社会和非政府组织的州立法议会黄水,拿督三苏丁阿布·哈桑区警察局长SUPT索姆萨克锭Keliaw和退伍军人增值税69突击队。
莫哈末。此前,最记得人员的突击队训练营在Tasik捆扎,宜力,命名后的后期。
死者死于踩着地雷安装在共产主义恐怖分子导致两名成员在着陆区运竹“受伤的突击队,1975年9月3。







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.