Pages

Subscribe:

18 Disember, 2013

[hang nadim] "My late mother stoic face resistance '......AL-Fatihah...

KUALA LUMPUR 18 Dis. - Anak sulung kepada arwah seniwati Azean Irdawaty, Benjy menyifatkan ibunya merupakan seorang wanita yang tabah dalam menghadapi segala rintangan hidup. Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 35, berkata, sebelum ini ibunya banyak menderita dalam menanggung penyakit kanser yang dialaminya. "Mama bergelut dan berjuang untuk terus hidup walaupun kami tahu Mama sebenarnya perit mendepani cabaran itu. "Namun, mama akhirnya terus pergi menghadap Ilahi. Kami reda dengan semua yang berlaku dan berdoa agar roh Mama dicucuri rahmat," katanya ketika ditemui selepas upacara pengebumian ibunya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini. Allahyarhamah Azean, selamat disemadikan di tanah perkuburan itu pada pukul 12 tengah hari selepas disembahyangkan di Masjid Kayu Ara kira-kira pukul 10.30 pagi. Pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama itu menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suami, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 63, dan anak-anak pada pukul 8.25 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser. Antara rakan artis yang hadir menziarahi jenazah Allahyarhamah ialah Datuk Rosyam Nor, Ellie Suriaty, Ako Mustapha, Melissa Saila, Sasha Saidin, Norlia Ghani, Normala Omar, Zulkifli Zain dan Fatimah Abu Bakar. Dalam pada itu, Benjy berkata, pesanan terakhir ibunya adalah agar dia mendirikan rumah tangga semula. "Arwah suruh saya berkahwin supaya ada yang akan menjaga saya kelak, dia juga mahu saya kembali semula dalam dunia lakonan. "Ketika saya ambil keputusan untuk tidak mahu berlakon, dia orang yang paling sedih tetapi saya tahu industri seni tidak memerlukan saya lagi," katanya. Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia malam tadi.....AL FATIHAH.... PETALING JAYA 17 Dis. - Seniwati Azean Irdawaty, 62, yang menderita penyakit barah sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pukul 8.25 malam tadi. - Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131217/hi_02/Seniwati-Azean-Irdawaty-meninggal-dunia-malam-tadi#ixzz2nmJ24IAM © Utusan Melayu (M) Bhd Bersemadi Jenazah Azean telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah hari, semalam selepas dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kayu Ara. Anak Azean, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 34, reda dengan pemergian ibunya. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1219&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2ns7kklPk Hakcipta terpelihara
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131219/dn_24/Arwah-ibu-tabah-hadapi-rintangan#ixzz2ns5Qdukn © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.