Pages

Subscribe:

21 Januari, 2014

[hang nadim] Kassim Masdor died of asthma......Penggubah lagu mapan, Kassim Masdor, meninggal dunia ......

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Komposer veteran yang berkecimpung dalam industri muzik Singapura dan filem Melayu era Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Kassim Masdor meninggal dunia di Hospital Singapura akibat sakit asma malam ini. Allahyarham yang berusia 76 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 9.25 malam ini dan berita pemergian artis veteran itu disahkan rakan baiknya, Datuk Ahmad Nawab. Menurut Ahmad, 81, Allahyarham Kassim dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu akibat menghidap asma. “Sepatutnya Allahyarham datang ke Malaysia pada 10 Januari lalu untuk menonton konsert Salamiah Hassan, namun dia tiba-tiba sakit sehingga perlu dimasukkan ke hospital. “Hari ini, hati saya terdetik untuk menghubunginya untuk mengetahui keadaan kesihatannya tetapi tidak berjawab. “Mujurlah saya ada seorang rakan di Singapura dan kira-kira pukul 10.15 malam ini dia menghubungi saya sambil menangis memberitahu Kassim sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Blok 512 Choa Chu Kang St. 15 #04-258, Yew Tee North 5 dan akan dikebumikan sebelum solat Zuhur, esok. - UTUSAN ONLINE See more at: http://beritaharian.sg/setempat/penggubah-lagu-mapan-kassim-masdor-meninggal-dunia
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140122/hi_01/Kassim-Masdor-meninggal-dunia-akibat-asma#ixzz2r51Pq51w © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.