Pages

Subscribe:

07 Januari, 2014

[hang nadim] Mayat pemancing dua beranak ditemui......Al Fatihah....

Oleh Hadzlihady Hassan dan Zulfa Mohamad
Nibong Tebal: Mayat Koperal Abdul Halim Ibrahim, 52, yang lemas ketika memancing di Sungai Kerian di sini, semalam ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi mayat anaknya ditemui, tengah hari tadi. Mayat anggota polis terbabit ditemui jam 5.40 petang oleh pasukan Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat. Terdahulu mayat Mohd Halif Akim, setahun 10 bulan ditemui pasukan penyelamat kira-kira 12.30 petang tadi. Jurucakap bomba berkata, mayat anggota polis terbabit ditemui dalam keadaan terapung di permukaan air tidak jauh dari lokasi anaknya ditemui. "Mayatnya dalam keadaan sempurna dan masih berpakaian lengkap. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat," katanya. Harian Metro difahamkan jenazah dua beranak terbabit dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Berembang di sini, malam ini. Dalam kejadian petang semalam, seorang lelaki yang berada di kolam udang berhampiran kawasan itu menyedari kedua-dua mangsa yang sedang memancing di sungai itu, lemas kira-kira 6 petang semalam, sebelum bertindak menghubungi pihak berkuasa. Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/05

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.