Pages

Subscribe:

15 Mac, 2014

[hang nadim] Pakar penerbangan bingung dengan kehilangan MH370

March 14, 2014 Pesawat itu hilang dari skrin radar 70 minit kemudian. MASOleh Nur Aimidiyana Zuher KUALA LUMPUR: Setakat rencana ini ditulis, para pakar penerbangan tempatan masih merasa bingung dengan peristiwa yang membawa kepada kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada awal pagi 8 Mac lepas. Ini ditambah dengan tiada langsung panggilan kecemasan dan kedua-dua juruterbang seperti mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas pesawat Boeing 777-200 sebelum ia tiba-tiba hilang daripada radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia(DCA). “Ok roger, good day” adalah komunikasi terakhir Kapt Zaharie Shah dengan Menara Kawalan Trafik Subang (ATC) pada 1.30 pagi sebelum semua perhubungan terputus. Pesawat itu hilang dari skrin radar 70 minit kemudian. Datuk Ismail Ibrahim, mantan juruteknik Tentera Udara DiRaja Malaysia dan sekarang jurulatih Jabatan Penyenggaraan Pesawat, Advanced Technology Training Centre (ADTEC) memberitahu Bernama jika pun ada kecemasan dalam pesawat, juruterbang akan memaklumkan kepada pusat kawalan di bumi atau menghantar isyarat kecemasan. Bagaimanapun , apa yang membingungkan, pesawat MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal tidak langsung membuat panggilan kecemasan menerusi radio dan juga ‘Transponder’ pesawat tidak mengeluarkan sebarang kod yang menunjukkan berlaku kecemasan dalam pesawat. Menurut Ismail, Boeing 777-200 adalah pesawat generasi baru yang dilengkapi dengan sistem avionik dan komunikasi yang sofistikated, justeru adalah mustahil juruterbangnya langsung tidak berkomunikasi semasa kecemasan. Kalau begitu, apa yang menyebabkan juruterbang-juruterbang itu berhenti berhubung dengan pihak kawalan di bumi? Seorang lagi pakar kanan dari Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT), Ahmad Maulan Bardai percaya ketiadaan langsung komunikasi daripada pesawat MH370 itu mungkin akibat masalah atau kegagalan besar dalam pesawat. Kemungkinan tiba-tiba berlaku letupan dalam pesawat yang memusnahkan kelengkapan komunikasi dan alat penerbangan lain di dalam pesawat tidak boleh ditolak, katanya. Menurut beliau, kemungkinan itu yang menyebabkan mengapa juruterbang terputus hubungan dengan pihak kawalan di bumi tetapi banyak lagi kemungkinan yang perlu diteliti. Nahas “Bagaimanapun, apa yang berlaku dengan MH370 ini amat membingungkan memandangkan dalam banyak nahas pesawat sebelum ini, anak kapal berhubung dengan ATC, malahan sehingga ke saat-saat akhir,” katanya. Apabila ditanya mengapa hanya selepas 70 minit pesawat hilang dari skrin radar, Ismail yang berkhidmat selama 16 tahun dengan tentera udara berkata ianya ada kaitan dengan ‘transponder’ pesawat. “Dalam hal ini, nampaknya ‘transponder’ itu mungkin telah dinyahaktifkan,” katanya. Apabila ‘transponder’ diaktifkan, ia akan menghantar isyarat ke ATC mengenai altitud (ketinggian) serta kedudukan pesawat di atas skrin radar di ATC. Beliau menjelaskan juga, tidak ada sebab untuk juruterbang menyahktifkan ‘transponder’ sewaktu penerbangan. Ditanya berapa jumlah ‘transponder’ yang ada di dalam pesawat, beliau memberitahu penulis, kemungkinan ada sehingga tiga bergantung kepada jenis pesawat. Apa yang boleh menyebabkan pesawat canggih sepertinya terhempas? Penulis mengajukan soalan ini kepada mantan ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan beliau menyatakan bencana seumpama itu kebiasannya berpunca daripada kegagalan struktur, kegagalan enjin, kesilapan juruterbang dan juga sabotaj. “Perangkaan kemalangan pesawat menunjukkan kira-kira 91 peratus kemalangan berlaku sewaktu pesawat berlepas dan mendarat,” katanya sambil menambah bahawa pesawat MH370 berada pada ‘cruising altitude’ sebelum ia hilang. Menjelaskan lebih lanjut, Dr Ahmad yang juga Perunding Kejuruteraan Aeroangkasa berkata setiap kemungkinan perlu diteliti. Penyenggaraan Menurut beliau, rekod penyenggaraan pesawat itu juga perlu diteliti dengan rapi untuk mencari apa-apa yang luarbiasa dalam sistem dan integriti strukturnya. “Menyenggara pesawat bukan seperti menyenggara kereta di mana setiap komponen yang diganti perlu direkod walaupun satu skru yang diganti,” katanya. Beliau berkata hanya kotak hitam dan perakam data penerbangan yang dapat merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada penerbangan MH370. Usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 masuk hari ketujuh hari ini dengan kawasan pencarian diperluaskan ke lautan Hindi.

Najib jumpa lagi keluarga mangsa

NAJIB Tun Razak menyatakan sesuatu kepada Fatimah Ibrahim (kiri) serta ahli keluarga Muhamad Firdaus Abdul Rahim dalam majlis pertemuan tertutup bersama keluarga penumpang dan kru Malaysia Airlines MH370 dan MH17 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin. - BERNAMA
PUTRAJAYA 29 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan satu pertemuan tertutup dengan anggota keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17 sempena sambutan Aidilfitri di Seri Perdana semalam.
Pada pertemuan itu, Najib yang berbaju Melayu merah turut memberi kata-kata semangat kepada anggota keluarga dalam mengharungi detik-detik sukar ini.
Ibu pembantu juruterbang MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim iaitu Fatimah Ibrahim, 62, berasa lega setelah berjumpa pemimpin nombor satu negara itu.
"Dalam pertemuan tadi, Perdana Menteri telah memberi kata-kata semangat kepada anggota keluarga MH370 dan MH17 yang hadir supaya tabah menghadapi ujian ini.
"Sekarang, saya pun berasa lega dan kurang tertekan,'' kata Fatimah yang kelihatan tenang ketika ditemui di pekarangan Kompleks Seri Perdana.
Bapa saudara Muhamad Firdaus iaitu Azman Ibrahim, 50, pula berkata, dalam pertemuan itu, Najib berjanji kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk membawa balik jenazah mangsa dalam tempoh terdekat.
"Perdana Menteri juga memberitahu proses (membawa balik jenazah) akan mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan pihak-pihak antarabangsa dan banyak yang perlu dilakukan,'' katanya.
Sementara itu, Madiani Mahdi, 42, yang tidak menyambut Aidilfitri pada tahun ini kerana masih bersedih dengan pemergian suami tersayang berkata, perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 1 Syawal telah menyuntik semangat beliau untuk terus bersabar menghadapi dugaan.
Selain itu, Madiani, yang juga isteri Shaikh Mohd Noor Mahmood berkata, beliau bersama dua anaknya berumur 13 dan dua tahun reda dengan pemergian pramugara pesawat MH17 berkenaan.
"Ini ketentuan Allah," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140730/dn_01/Najib-jumpa-lagi-keluarga-mangsa#ixzz38uU9MeXB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serpihan peluru berpandu punca nahas
KIEV 29 Julai - Siasatan awal ke atas kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu, menunjukkan serpihan akibat letupan peluru berpandu sebagai punca pesawat pesawat itu terhempas, lapor seorang pegawai keselamatan negara ini hari ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko dalam sidang akhbarnya berkata, maklumat awal tersebut diperoleh daripada pakar Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) United Kingdom yang ditugaskan untuk menganalisis data kotak hitam terbabit sebelum diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Belanda (DSB).
"Siasatan AAIB mendapati, punca pesawat itu musnah dan terhempas disebabkan 'letupan penyahmampatan yang kuat' selepas terkena beberapa serpihan akibat letupan peluru berpandu," katanya tanpa mendedahkan sumber yang memberi maklumat tersebut.
Menurut laporan akhbar Wall Street Journal, letupan penyahmampatan berlaku apabila tekanan udara di dalam pesawat menurun pada kadar kelajuan yang terlalu tinggi, sekali gus menyamai proses letupan bom.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Belanda enggan mengesahkan maklumat daripada kerajaan Ukraine itu kerana mahu menunggu gambaran yang lebih jelas tentang punca sebenar nahas.
Jurucakap DSB, Sara Vernooij ketika dihubungi akhbar Britain, The Independent berkata, pihaknya tidak mahu mengulas tentang dakwaan Lysenko berhubung maklumat kotak hitam pesawat MH17.
"Maklumat berhubung siasatan kotak hitam perlu dianalisis dan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat supaya gambaran yang lebih jelas boleh diberikan berdasarkan siasatan secara menyeluruh.
"Tindakan mendedahkan sebahagian maklumat tersebut bukan hasil daripada siasatan yang masih dijalankan," katanya.
Keputusan awal siasatan kotak hitam pesawat MH17 itu dijangka dikeluarkan pada 1 Ogos ini oleh DSB.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140730/dn_03/Serpihan-peluru-berpandu-punca-nahas#ixzz38uUq9ypJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Mayat pertama mangsa MH17 dikenal pasti
ARKIB : 28/07/2014
PASANGAN dari Australia Jerzy Dyczynsk (kanan) dan Angela Rudhart-Dyczynski yang sanggupmempertaruhkan nyawa pergi ke tapak nahas MH17 tanpa sebarang pengiring di kawasan barat dan timur Donetsk, Ukraine, kelmarin.
GRABOVE, Ukraine 27 Julai - Pakar forensik berjaya mengenal pasti identiti mangsa pertama nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, pada ketika sebuah keluarga sanggup mengetepikan ancaman keselamatan semata-mata mahu melawat tapak nahas yang terletak di timur negara ini.
Kiev dan pemberontak pro-Rusia telah mengisytiharkan gencatan senjata di kawasan nahas, namun begitu, pertempuran masih berlaku kira-kira 60 kilometer dari tapak kejadian di mana letupan kuat kedengaran di kawasan barat dan timur Donetsk.
Namun perkara itu sama sekali tidak menggusarkan satu pasangan dari Australia yang sanggup mempertaruhkan nyawa pergi ke tapak nahas tanpa sebarang pengiring semalam dengan berkata, kedatangan mereka bagi memenuhi janji kepada mendiang.
"Saya doakan hidup anak saya penuh dengan kegembiraan," kata Angela Rudhart-Dyczynski yang kehilangan anak perempuannya Fatima, 25, seorang pelajar kejuruteraan aeroangkasa dalam nahas terbabit.
Angela dan suaminya, Jerzy Dyczynski yang memakai baju T yang tertulis 'Fatima: We Love You' tidak dapat mengawal perasaan sebak dan hiba sebaik sahaja berjalan melalui sisa-sisa serpihan bangkai pesawat berke­naan.
Sementara itu, kerajaan Belanda yang bertanggungjawab dalam mengecam identiti mangsa berkata, pakar forensik sudah berjaya mengenal pasti mangsa pertama semalam, satu daripada 193 orang rakyatnya yang terkorban dalam nahas tersebut.
Kerja-kerja penyiasatan terhadap kapal terbang MH17 yang ditembak jatuh itu sedikit terganggu dengan kejadian keganasan yang berlaku di timur negara ini, apabila sembilan orang dilaporkan terkorban dalam tempoh masa 24 jam.
Pakar Belanda yang dijadualkan berada di tempat nahas untuk melakukan penyiasatan semalam, terpaksa berpatah balik ekoran isu keselamatan yang tidak menentu. - AFP


– BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.