Pages

Subscribe:

07 Julai, 2014

[hang nadim] Adik-adik Hafis tiada pengenalan diri......Al Fatihah untuk Hafis....


MELAKA 7 Julai - Sembilan adik kepada Muhamad Hafis Abd. Ghani, 17, remaja yang maut selepas dipercayai dipukul dengan kayu oleh bapa kandungnya pagi semalam, didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Malah kesemua mereka yang berusia antara empat hingga 16 tahun juga tidak bersekolah ekoran masalah tersebut selain keluarga yang sering berpindah randah.
Perkara itu terdedah apabila Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar melawat keluarga mereka di Kampung Jawa, Alor Gajah, malam tadi.
Menurut Latipah, pasangan itu, Siti Habibah Ismail, 38, dan suaminya, Abd. Ghani Sapuan, 52, mempunyai 10 orang anak berusia antara empat hingga 16 tahun termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU).
"Yang amat mengejutkan saya apabila diberitahu oleh ibunya, kesemua sembilan anaknya tidak mempunyai kad pengenalan dan yang sepatutnya bersekolah tidak dihantar ke sekolah,'' katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Latipah berkata, kesemua sembilan beradik yang tidak mempunyai pengenalan diri itu ialah Muhd. Azim, 16; Muhd. Azmir, 14; Nurul Aini, 13; Nurul Syafina, 12; Nurul Amira, 10; Nurul Maisara, 8; Nurul Maizati, 7; Nurul Syafika, 5, dan Siti Aishah, 4.
Lebih menyedihkan katanya, ibu mangsa memberitahu mereka hidup berpindah-randah iaitu dari satu tempat ke tempat lain mengikut suaminya yang hanya bekerja sebagai buruh.
"Saya diberitahu keluarga ini baru tinggal sebulan di Kampung Jawa dan menetap di sebuah rumah inap desa,'' ujarnya.
Sementara itu Latipah berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah diarahkan untuk membuat semakan susulan bagi menguruskan dokumen yang tidak dimiliki oleh sembilan beradik tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi kelmarin, Muhamad Hafis telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh ibunya selepas cuba dikejutkan berulang kali untuk bangun sahur.
Mangsa, dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul menggunakan sebatang kayu oleh bapanya pada petang Sabtu lalu setelah menyatakan hasrat untuk mencari pekerjaan bagi membantu meringankan beban keluarga.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140708/dn_18/Adik-adik-Hafis-tiada-pengenalan-diri#ixzz36pnvLNbn
© Utusan Melayu (M) Bhd 



INILAH rumah sewa tempat Muhammad Hafiz mati dipukul bapa sendiri di Kampung Jawa, Melaka semalam.

ALOR GAJAH - Seorang bapa yang dipercayai memukul anak sendiri dengan kayu hingga mati ditahan polis ketika bersembunyi di rumah rakannya di Jalan Melekek, Kampung Padang di sini pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd. Rahman Jid berkata, bapa berusia 52 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 pagi dan merupakan suspek utama kematian Muhamad Hafiz, 17.Beliau berkata, penahanan tersebut dibuat tidak sampai 24 jam selepas suspek melarikan diri ekoran kejadian yang berlaku di Kampung Jawa di sini pagi kelmarin.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? 

PERHATIAN dan Simpati
Masyarakat atau jiran perlu mengambil perhatian masaalah yang di hadapi oleh jiran ......saya juga baru baru ini telah membawa 2 kanak yang berusia 5 dan 6 Tahun ke Pejabat pendaftaran untuk mendapatkan surat beranak Insya Allah bulan depan siap......kelewatan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas bersalin atas sebab kemiskinan dan memencil diri dari masyarakat.......malu berdepan kerana serba kekurangan.......Jangan kita abaikan Masyarakat dan jiran sekeliling kita bagi mengelak seperti yang berlaku keatas Hafis.....

Ada jugs maknusia begini. Patutlh ads org kata...DLM diri binatang x Ada sifat mknusia sebaliknya DLM diri mknusia Ada sifat binatsng.
gambar kecil, ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan pada majlis pengebumian itu. Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mangsa yang menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, maut dipukul bertubi-tubi oleh bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa, Klang. - Foto Faiz Anuar




.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.