Pages

Subscribe:

06 Julai, 2014

[hang nadim] Askar Melayu........Malay Regiments......


Penubuhan

Sejak penjajahan oleh Kerajaan Kolonial British, pasukan-pasukan Tentera British dan juga Tentera British India (British Indian Army) seperti pasukan “Burma Rifles” telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan. Ini melibatkan kos yang tinggi kerana pasukan-pasukan itu terpaksa dibawa daripaada Britain dan India untuk berkhidmat di Tanah Melayu.
Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan.
Pada 23 November 1932, Jabatan Perang British memberikan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan Askar Melayu sebagai satu rejimen tempatan dalam Angkatan Tentera British (Rejimen ini dilatih dan diurus oleh Rejimen Tentera British Malaya). Pada 23 Januari 1933, Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.
Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pertama (1st Experimental Company) pada tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak watan di Tanah Melayu.
Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu.
Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port DicksonNegeri Sembilan. Pasukan ini di letakkan di bawah perintah Mejar G. Mc Bruce , sementara Kapten K.G. Exham dilantik menjadi Adjutan. Sarjan Mejar A. E. McCarthy dilantik menjadi Sarjan Mejar Rejimen dan Sarjan Kuartermaster E. Oldfiled menjadi Sarjan Kuartermaster.
Pasukan ini dikira sebagai percubaan kerana pada peringkat itu, ia bertujuan untuk menilai kesesuaian orang-orang melayu sebagai anggota tentera, dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan disiplin tentera (Mejar Jeneral G. Mcl. S. Bruce, O.B.E. M.C. (bersara). (Petikan dari rencana "Trying it out with No. 1 Squad", Pahlawan, Vol. 1, Kuala Lumpur, 1952.)

Pembesaran Pasukan Askar Melayu[

Pada 1 Januari 1935, atas kesungguhan anak-anak Melayu di dalam Kompeni Percubaan dan dengan kegigihan Mejar S. Bruce, 1 Kompeni Percubaan Askar Melayu ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan permulaan seramai 150 orang anggota. Pengambilan anggota-anggota baru dipercepatkan. Dengan penambahan 232 orang anggota baru, dua Kompeni tempur telah ditubuhkan, dengan satu pasukan Ibu Pejabat sebagai elemen perintah, dan dikuatkan dengan platun bantuan dilengakan dengan mesingan Vickers, satu seksyen Semboyan dan satu unit tambur.
Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar melayu (1 Melayu) mempunyai kekuatan 17 pegawai british dan 6 Pegawai Melayu, 11 Pegawai Waran dan 759Pegawai Tak Bertauliah dan anggota Lain-Lain Pangkat.
Apabila bahang perang semakin hampir, latihan ketenteraan dipertingkatkan. Latihan jalan lasak di peringkat battalion dan peringkat briged kerapkali diadakan. 1 Melayu juga mula membuat latihan menggunakan mortar dan meriam penangkis kereta kebal. Dalam bulan Ogos 1941, satu platun bantuan ditubuhkan menggunakan 10 buah “Universal Carrier” ataupun lebih dikenali sebagai “Bren Gun Carrier’ di bawah pimpinan Kapten R.R.C. Carter. Platun bantuan ini menjalankan latihan bersama-sama Battalion ke-2 Loyals Regiment (North Lancashire) Tentera British.
Pada bulan Mac 1941, Gabenor Negeri-Negeri Selat memberikan kuasa untuk menambah kekuatan Rejimen Askar Melayu menjadi dua battalion. Batalion Ke-2 Askar Melayu ditubuhkan pada 1 Disember 1941. 1 Melayu dan 2 Melayu bersama-sama battalion Ke-2 Loyal Regiment (North Lancashire) diletakkan di bawah pemerintahan 1st Malaya Infantry Brigade. Briged ini akan memainkan peranan besar dalam mempertahankan Tanah Melayu semasa penjajahan Jepun.

Leftenan Adnan dan Pertempuran di Bukit Candu
Leftenan Muda Adnan merupakan wira terulung di dalam sejarah Rejimen Askar Melayu DiRaja. Pegawai muda dalam 1 Melayu ini menunjukkan semangat juang yang kental yang akhirnya mengorbankan beliau semasa mempertahankan tanah air. Kompeni “C” 1 Melayu di bawah pemerintahan Kapten Rix telah ditugaskan mempertahankan kawasan Pasir Panjang dan Bukit Candu. Jika jatuh ke tangan Jepun, laluan tersebut akan memberikan laluan langsung ke kawasan Alexandra di mana terletaknya hospital tentera dan depot peluru.
Pada 13 Februari, kedudukan kompeni "C" diserang oleh pasukan daripada Divisyen Chrysanthemum di awah pimpinan Lt. Gen. Renya Mutaguchi. Askar Melayu bertindak cemerland mempertahankan permatang mereka dan Askar Jepun terpaksa berundur. Pada 14 Februari 1942, Kompeni 'C' bergerak ke Bukit Candu dan diperkuatkan dengan tambahan anggota Askar Melayu menjadikan kekuatan anggota di bawah pimpinan Leftenan Adnan 42 orang kesemuanya.
Pada petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Leftenan Adnan memerhatikan satu kumpulan Askar India menuju kedudukan mereka, tetapi ketajaman akal Adnan tidak terpedaya dengan helah Askar Jepun yang bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Pasukan itu diserang dan terpaksa berundur. Dua jam kemudian, Tentera Jepun melancarkan serangan besar dan kumpulan Askar Melayu di Bukit Candu tewas.
Dalam kejadian Sungai Semur pada 25 Mac, 1950, Platun No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, 3 RAMD telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis dengan kekuatan seramai 250 anggota ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.
Dalam serang hendap di Sungai Semur ini, 17 orang anggota 3 RAMD terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 250 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan. Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat juangn yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir 10 kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang musuh.

Pasar Bakhara di Mogadishu

Bn 19 RAMD (Mekanis) ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Dalam Perkhidmatan batalion ini dengan UNOSOM, batalion ini telah ditugaskan sebagai Pasukan Atur Cepat (Quick Reaction Force) UNOSOM. Pada 3 dan 4 Oktober 1993, Pasukan Petugas US Ranger dan Delta Force (unit elit dan komando khas Tentera A.S.) melakukan operasi untuk menawan beberapa konco kanan Mohamed Farrah Aidid. Malangnya operasi ini menghadapi masalah. Pasukan tentera tersebut terperangkap. Terdesak, Tentera Amerika Syarikat meminta bantuan UNOSOM dan 19 RAMD untuk memberikan bantuan meyelamatkan anggota Tentera Amerika yang terperangkap.
Tentera Amerika mahu menggunakan Kenderaan Perisai Radpanzer Condor milik 19 RAMD dan tidak mahukan bantuan askar 19 RAMD . 19 RAMD enggan menyerahkan Radpanzer Condor kepada Tentera Amerika, dan akhirnya satu kompromi dicapai. 19 RAMD membenarkan anggota tentera Amerika menaiki Condor, tetapi pemandu, komander dan pengendali senjata akan terdiri dari anggota 19 RAMD .
60 orang anggota 19 RAMD terbabit dalam operasi menyelamat askar Amerika berkenaan. Selepas diberi taklimat operasi, pasukan yang diketuai Leftenan Azman bergerak pada jam 11 malam. 16 buah Radpanzer Condor bergerak secara konvoi. Perjalanan ke tempat di mana tentera Amerika berlindung penuh dengan halangan, dan konvoi sering dihujani peluru dan roket. Mereka terpaksa mengelak periuk api yang ditanam di atas jalan dan tembakan penembak curi dari arah merata tempat menyebabkan pergerakan terganggu. Leftenan Azman memberi arahan dengan tenang semasa menghadapi serangan pemberontak ketika operasi menyelamat menaikkan semangat pasukan.

Akhirnya pada jam 7.45 pagi, 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan. Dari 19 RAMD seorang askar telah terbunuh. Prebet Mat Aznan Awang telah terbunuh apabila roket RPG-7 menembusi kompartmen pemandu kereta perisai Kondor yang dipandunya. Peristiwa ini telah menjadi inspirasi kepada pengeluar filem Amerika untuk menerbitkan sebuah filem berjudul "Blackhawk Down" bagi 'mengenangkan' kembali kegagalan askar-askar mereka dalam operasinya di Mogadishu. Malangnya dalam filem ini tidak ditonjolkan penglibatan anggota 19 RAMD yang telah bersama-sama menyelamatkan askar-askar elit/komando Amerika terbabit;akibat daripada itu ianya mendapat bantahan daripada Kerajaan Malaysia,lebih-lebih lagi daripada Kementerian Pertahanan.
Rejimen Askar Melayu yang pertama bukanlah ditubuhkan di Malaya pada tahun 1932 (yang kemudiannya berkembang menjadi Rejimen Askar Melayu yang sedia ada) tetapi telah wujud lebih awal dari itu. Sebenarnya pasukan askar melayu ini ditubuhkan oleh pihak Belanda lebih awal sejak dari kurun 17 lagi dan di dalam peperangan di antara pihak Inggeris dengan Belanda pada tahun 1796, askar2 melayu ini telah menunjukkan semangat keberanian dan memberikan tentangan yang hebat kepada pihak British. Keberanian dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan tentera Melayu Belanda ini telah menarik perhatian pihak British dan mereka membuat keputusan untuk mengekalkan pasukan ini dan mengujudkan satu batalion penuh di Sri Lanka kemudiannya. Dalam usaha pihak British berperang dengan Raja2 di Sri Lanka selepas itu, pihak British telah merekrut lagi orang2 melayu tempatan untuk berkhidmat dengan pasukan ini dan pada tahun 1802, pasukan ini dengan secara rasminya menerima panji2nya sebagai rejimen tentera British di bawah King George lll dan dikenali sebagai Rejimen Melayu. (nama rejimen ini kemudiannya ditukar kepada Ceylon Rifle Regiment). Rejimen yang dipimpin oleh seorang kapten yang bernama Kapten Noordin ini telah menunjukkan semangat juang, keberanian dan kesetiaan yang sangat tinggi dan sehingga dihormati oleh pihak british sendiri apabila beliau dan adiknya Karaeng, juga seorang pegawai di dalam rejimen ini lebih sanggup dihukum penjara dan dibunuh dari bekerjasama dan berpaling tadah kepada Raja Kandyan apabila ditawan oleh pihak musuh. inilah semangat dan jati diri yang ada dan mengalir di dalam darah orang melayu yang berpegang kuat kepada maruah dan pejuangan, sesuai dengan kata pepatah "biar putih tulang, jangan putih mata".
 19th Regiment of Malay Navy - Bahagian 2 (kisah lanun2 berbangsa Melayu yang berkhidmat dengan Queen's Navy atau Britsh Royal Navy pada tahun 1800an).

Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan "mutiny" (pemberontakan dan rampasan kuasa) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.