Pages

Subscribe:

04 Julai, 2014

[hang nadim] DATO' SHARIFAH AINI meninggal dunia........AL FATIHAH


DATO' SHARIFAH AINI meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi hari ini, 
diPusat Perubatan Pakar Damansara.


Siti Nurhaliza hadir beri penghormatan
KUALA LUMPUR 5 Julai - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, 61, yang meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
"Kita kehilangan seorang insan yang banyak jasanya kepada negara terutama dalam industri muzik tanah air.
"Allahyarham adalah insan yang terpilih kerana dijemput Ilahi pada bulan Ramadan ini. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput. Beliau sangat bertuah," kata beliau sebak sambil mengalirkan air mata ketika ditemui di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140705/hi_03/Siti-Nurhaliza-hadir-beri-penghormatan#ixzz36YsnkPtF
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Dato' Sharifah Aini binti Syed Jaafar (2 Julai 1953 - 5 Julai 2014) adalah seorang penyanyi tersohor di Malaysia yang dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam".
Di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa.
Biografi
Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruJohor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor. Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan sebuah majlis tertentu di sekolah tersebut. selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian. Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.
Kematian[
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonaty fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun.[2] Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari Selasa lalu. Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor

Lagu

  • Seiring Dan Sejalan - duet bersama Broery Marantika
  • Hapuslah Air Matamu
  • Bunga Tanjung
  • Jalak Lenteng
  • Maafkanlah
  • Yayadan
  • Seksa
  • Dondang Sayang
  • Sri Mersing
  • Mak Inang Melayu - duet bersama Sudirman Haji Arshad
  • Fatwa Pujangga
  • Seribu Mawar
  • Hatiku Melekat Di Hatimu
  • Ingatan Manis Di Bulan September
  • Jatuh Cinta
  • Kasihnya Ibu
  • Kau Tinggi Di Awan Biru
  • Hiburkanlah Hatiku
  • Kau Pergi Tanpa Pesan
  • Kau Racun Hidupku
  • Jauh Di Mata
  • Seri Dewi Malam
  • Kau Yang Bernama
  • Yang Sangat Ku Sayang
  • Kekasih Pujaan
  • Keresahan
  • Putus Kasih
  • Oh Di Mana
  • Di Pinggir Kayangan
  • Pantun Kasih
  • Gerimis Mengundang
  • Patah Hati
  • Seroja
  • Teratai
  • Perasaan Hati - duet bersama Broery Marantika
  • Kudaku Lari
  • Anak Ayam - duet bersama Too Phat
  • Sumber Ilham Seniku
  • Cemburu
  • Kasih
  • Kisah Yang Lalu
  • Melayu Takkan Hilang Di Dunia
  • Songket
  • Filem lakonan
1980- Sumber Ilhamku
1981- Bintang Pujaan
2006- Diva Popular






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.