Pages

Subscribe:

14 Ogos, 2014

[hang nadim] Jenazah pelawak Maidin dikebumi selepas Isyak......Al Fatihah....

Berita Harian Online and Azlan's Artwork shared a link.

ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan 
jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.
BHARIAN.COM.MY

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Jenazah pelawak, Maidin Ibrahim, 76, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Seri Jerai, Gurun, Kedah selepas solat Isyak.
Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, Kedah pukul 2 petang tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140813/dn_31/Jenazah-pelawak-Maidin-dikebumi-selepas-Isyak#ixzz3AMS5gWVz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Meninggal selepas solat zohor
Oleh HARYATI KARIM
KUALA LUMPUR – Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas menunaikan solat Zuhur di bilik kediamannya di Kampung Pokok Tai, Gurun, Kedah pada pukul 2 petang semalam.
Menantunya, Saiful Nizam Saari, 38, yang mengesahkan perkara itu berkata, ibu mertuanya, Habira Ibrahim, 60, yang meninjau ke dalam bilik itu mendapati suaminya rebah dan tidak menyahut panggilannya sebelum disahkan meninggal dunia.
Arwah meninggalkan seorang isteri, lima orang anak dan 12 orang cucu.
Maidin atau mesra dengan panggilan Mamu Maidin dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar 1950-an.
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami dan Nana Tanjung pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur.
Beliau juga pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3AMTHAvFc 































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.