32 jemaah Kemboja akhirnya ke Jeddah
Mereka merupakan antara 98 jemaah haji Kemboja yang berlepas dengan menaiki pesawat Saudi Airlines SV829 dari KLIA ke Jeddah pada pukul 3 petang ini.
Bagaimanapun, nasib baki 66 jemaah warga Kemboja itu masih menjadi tanda tanya sama ada mereka boleh berangkat ke Tanah Suci yang akan diketahui selewat-lewatnya petang esok.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Othsman Hassan, 32 jemaah haji yang berlepas hari ini telah dikenakan bayaran sebanyak RM4,560 oleh Saudi Airlines bagi caj penukaran tiket penerbangan komersial kepada haji.
"Caj bagi 32 jemaah haji itu telah dibiayai oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang bermurah hati menaja bakal-bakal haji berkenaan.
"Tetapi nasib baki jemaah haji lain akan diketahui selewatnya esok kerana mereka menghadapi kesempitan wang untuk membayar caj penukaran memandangkan mereka terdiri golongan kurang kemampuan," katanya ketika ditemui di Anjung Tinjau KLIA di sini hari ini.
Mingguan Malaysia kelmarin melaporkan seramai 98 jemaah haji Kemboja terkandas di KLIA sejak Khamis lalu setelah berlaku kesilapan tempahan tiket dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140930/dn_15/32-jemaah-Kemboja-akhirnya-ke-Jeddah#ixzz3EkVm0Ang
© Utusan Melayu (M) Bhd
https://www.facebook.com/abmajid.othman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.