Pages

Subscribe:

29 September, 2014

[hang nadim] SYIRIK.....MURTAD....NIFAQ....FASIQ.....



SYIRIK
Syirik bermakna mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain
daripada sifat uluhiyyahnya ( berhak disembah, dicintai, dipatuhi
perintahNya dan didoakan kepadaNya ) ataupun sifat rububiyyahnya
( menjadikan, mentadbir, dan menguruskan alam ).
Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat-sifat yang
tersebut itu ada pada selain daripada Allah, sesungguhnya dia telah
melakukan syirik dengan Allah walaupun dia pada masa itu masih mengaku beriman dengan Allah.
Perkataan kufur juga mempunyai makna yang sama dengan syirik
walaupun terdapat di kalangan ulama’ yang membezakan di antara kufur dengan syirik tetapi apabila dilihat kepada mafhumnya maka ianya tidaklah mempunyai perbezaan yang boleh dianggap bahawa
dua perkataan itu mempunyai makna yang terlalu berlainan.

MURTAD
Murtad bermakna kembali setelah Islam. Ijma’ ulama’ menyatakan
bahawa seseorang Muslim yang ingkar kepada apa-apa yang telah
ditetapkan oleh Allah adalah murtad; iaitu kafir setelah Islam kecuali
jika dia benar-benar jahil. Tetapi sekiranya diberitahu dan ditegakkan
hujjah namun dia masih tetap dengan keingkarannya maka dia
dihukumkan dengan kufur dan murtad.
NIFAQ
Nifaq ialah sifat dan amalan yang dilahirkan oleh seseorang yang
berupa amalan dan sifat seorang Muslim pada zahirnya tetapi
hakikatnya dan juga apa yang ada di dalam hatinya tidak demikian.
Jika apa yang tersembunyi di hatinya itu berupa perasaan yang tidak
menafikan iman, maka tidaklah menjadi kufur. Sekiranya terdapat perasaan yang menafikan iman walaupun lidahnya berikrar, maka dia tidak beriman
di sisi Allah. Tetapi di kalangan kita, dia adalah orangIslam, bermuamalah dengannya sebagai seorang Islam selagi tidak lahir kekufurannya
Sesungguhnya Allah hanya memberitahu kepada kita tanda-tandanya
sahaja dan terserahlah kepada si munafiq itu untuk menyedari bahawa
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang tersembunyi dihatinya. Di dalam Al-Quran, Allah telah mendedahkan sifat-sifat orang munafiq seperti berikut:

Dan di antara manusia ada yang mengatakan: Kami beriman kepada
Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukanlah orang yang beriman.
Mereka hendak menipu Allah, padahal mereka menipu diri mereka
sendiri sedangkan mereka tidak sedar.”

FASIQ
Fasiq pada umumnya ialah maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan
keluar dari jalan yang dibenarkan. Di dalam Al-Quran, istilah fasiq ini
digunakan bagi menerangkan perbuatan-perbuatan tersebut:

1.Maksiat kepada Allah dalam meninggalkan tauhid, maka ini adalah
syirik ( As-Sajadah:18 )
(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

2.Maksiat kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah saw, maka ini alah
kufur ( At-Taubah:80 )

(Orang-orang manufik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

3.Maksiat kepada Deen tanpa syirik dan kufur ( Al-Maidah:25 )

Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Syirik Besar dan Syirik Kecil.


Setelah kita memahami dan mengetahui perkara-perkara asas yang boleh mencemarkan aqidah seseorang muslim, kini dihuraikan satu dari perkara yang membatalkan Islam itu.Perkara yang paling utama ialah masaalah SYIRIK.

(Syirik ialah menjadikan sekutu bagi Allah dalam melakukan sesuatu perbuatan yang seharusnya perbuatan itu hanya ditujukan kepada Allah (hak Allah), seperti menjadikan tuhan-tuhan lain bersama Allah, menyembahnya, mentaatinya, meminta pertolongan kepadanya, mencintainya atau melakukan perbuatan-perbuatan lain seperti itu yang tidak boleh dilakukan kecuali kepada Allah swt. ~ petikan ulasan Sheikh al-Qaradhawi)

Ramai antara kita, apabila di sebut syrik,akan membayangkan seseorang pergi dan menyembah berhala(tokong).Atau perbuatan tunduk dan sujud kepada batu atau objek-objek tertentu( busut jantan atau pangkal pokok).Itu saja syirik yang di fahami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat kita. Selain dari perbuatan begitu,mereka tidak menganggap sebagai syirik.

Sebenarnya sirik lebih luas dari fahaman tersebut.Syirik adalah musuh utama kepada aqidah, sehinggakan Luqman didalam surah Luqman,telah berpesan kepada anaknya yang membesar dibawah pendidikan beliau,dengan pesanan agar anaknya menjauhkan diri daripada syirik.Kata Luqman dalam Surah Luqman 31:13 yang maksudnya:-

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Mana lagi kezaliman yang lebih besar apabila seorang hamba yang diciptakan oleh Penciptanya, mempersekutukan penciptannya yang Maha Agung.

Apabila seseorang anak derhaka kepada ibunya,tidak mengiktiraf ibunya dan melakukan sesuatu yang tidak wajar kepada ibu yang melahirkannya, tidak ada hati atau diri yang dapat menerima perbuatan anak tersebut. Dan kita akan mengatakan bahawa dia anak derhaka.Perbuatannya tidak wajar.Dia anak yang tidak baik.Dia anak yang zalim.

Namun adakah kita dapat menerima seorang insan yang diciptakan oleh ALLAH.dan segala apa yang dimilikinya juga diciptakan oleh ALLAH, dan alam tempat yang kita huni ini juga dicipta oleh ALLAHJalla wa A'la, tiba-tiba insan itu melakukan syirik kepada ALLAH. Insan yang begini adalah seorang hamba yang jahat,derhaka dan tidak mengenang budi.

Syirik ertinya meletakkan suatu bandingan; suatu penyekutuan atau menyamakan sesuatu dengan ALLAH SWT~ kebesaranNya,keagunganNya, kedaulatanNya sebagai Tuhan; pada namaNya; pada sifatNya. Apa saja perbuatan yang cuba menyaingi atau menandingi ALLAH , menyamakanNya atau melebihkan dariNya... segala perbuatan,perkataan,kepercayaan yang seperti itu menjadikan pelakunya dianggap sebagai melakukan syirik.

Hukum syirik: Adalah dosa besar yang tidak diampunkan, Na'uzubillahi min zalik.
Ini di jelaskan oleh ALLAH dalam Surah An-Nisaa':Ayat 48
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Syirik terbahagi kepada dua :-

1- Syirik yang Besar( 'as-syirk ul akbar). : sesiapa yang yang melakukan syirik yang besar maka dia terkeluar daripada Islam.

2-Syirik yang kecil( 'as-syirk ul-asghar): Walaupun namanya "kecil",tetapi ia adalah dosa yang paling besar dalam Islam. Perbuatan syirik yang kecil ini tidak terkeluar daripadaIslam,tetapi menghampiri daerah-daerah untuk terkeluar daripada Islam.

https://www.facebook.com/abmajid.othman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.