Pages

Subscribe:

30 September, 2014

[hang nadim] Ketua Polis Kedah bersara selepas 38 tahun berkhidmat.......




SELAMAT BERSARA .....


                                                                      Datuk Ahmad Ibrahim



ARKIB : 30/09/2014
ALOR SETAR 30 Sept. - Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim hari ini bersara selepas 38 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dengan disaksikan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM Bukit Aman, Datuk Shabudin Abdul Wahab.
Acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut diadakan antara Ahmad dan timbalannya Zakaria Yusof yang akan memangku jawatan Ketua Polis Kedah buat sementara waktu berkuat kuasa esok.
Ahmad menyertai PDRM pada 1976 dan bertugas di Kelantan dari 1976 hingga 1979 sebagai Inspektor Percubaan sebelum menyandang pelbagai jawatan lain.
Pada tahun 2010, beliau dinaikkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis dan menjadi Ketua Polis Kedah.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad berkata hampir empat tahun beliau berkhidmat di Kedah dengan mencapai beberapa kejayaan dalam membanteras jenayah.
"Banyak kejayaan kita kecapi dari tahun 2011 hingga 2014 hasil berkat usaha, komitmen, dan keikhlasan yang ditunjukkan semua anggota di Kedah yang mana telah membawa kepada penurunan statistik jenayah indeks.
"Pada tahun 2011, jenayah indeks yang dicatatkan ialah sebanyak 11,126 kes, 2012 (10,523 kes) manakala tahun 2013 sebanyak 9,090 kes. Dalam tempoh tiga tahun tersebut, kita dapat menurunkan indeks jenayah sebanyak 2,036 kes atau 18.3 peratus," katanya.
Ahmad berharap PDRM terus membudayakan integriti dan melaksanakan pengurusan aset serta modal insan yang cemerlang bagi menjaga kebajikan pegawai dan anggota dan menekankan aspek disiplin yang tinggi. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140930/dn_25/Ketua-Polis-Kedah-bersara-selepas-38-tahun-berkhidmat#ixzz3EqjuQ8PW 


http://www.bekaspolis.com/
https://www.facebook.com/abmajid.othman
https://plus.google.com/101570064237158591866/about?gl=my&hl=ms



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.