Pages

Subscribe:

16 September, 2014

[hang nadim] Sambutan Hari Malaysia Ke-51 meriah......




SEBAHAGIAN daripada ribuan pengunjung yang membanjiri sambutan Hari Malaysia di Miri, Sarawak malam tadi.

MIRI 16 Sept. - Sambutan Hari Malaysia Ke-51 di Dataran Kipas di sini malam ini, berlangsung dalam suasana meriah dan penuh patriotik apabila kira-kira 40,000 orang menyaksikan upacara bersejarah itu.
Orang ramai terdiri daripada pelbagai kaum yang mula membanjiri lokasi sambutan sejak pukul 6 petang telah dihiburkan dengan acara pra persembahan oleh artis jemputan sementara menunggu ketibaan tetamu kenamaan.
Mereka yang memegang Jalur Gemilang termasuk ada yang membawa anak kecil kelihatan cukup ceria dan bersemangat mengibarkan bendera itu sepanjang acara berlangsung terutama semasa lagu-lagu patriotik dinyanyikan.
Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bersama isteri, Puan Sri Jamilah Anu tiba di Dataran Kipas pada pukul 8.30 malam.
Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta barisan menteri-menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.
Acara sambutan dimulakan sejurus ketibaan Abdul Taib dengan nyanyian lagu negeri Ibu Pertiwiku, diikuti persembahan lagu patriotik oleh Kumpulan Koir Jabatan Penerangan.
Majlis sambutan diteruskan dengan ucapan Adenan dan tayangan video khas sebelum ucapan oleh Perdana Menteri.
Selesai acara rasmi diadakan, penonton dihiburkan dengan persembahan beberapa artis tempatan popular termasuk penyanyi Iban.
Antara artis yang membuat persembahan ialah Datuk DJ Dave, Bob (Akademi Fantasi 2), Dayang Nurfaizah, Nicole Lai, Jaclyn Victor, Jimmy Palikat, Atai (anak saudara Allahyarham Datuk Sudirman Arshad) dan penyanyi Iban yang terkenal dengan lagu berjudul Bekikis Bulu Betis, Andrewson Ngalai.
Tahun ini adalah kali ke-51 negara meraikan sambutan Hari Malaysia bagi mengenang sejarah penggabungan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140917/dn_02/Sambutan-Hari-Malaysia-Ke-51-meriah#ixzz3DWaUpTQF 


Perkongsian kuasa di Malaysia dicontohi - Tun Juhar
KOTA KINABALU: Malaysia dijadikan contoh oleh negara lain kerana berjaya menyatukan semua kaum melalui perkongsian kuasa dan hidup aman damai, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Juhar berkata, perbezaan agama, budaya dan tradisi tidak menghalang perpaduan dalam kepelbagaian kaum, agama dan bangsa yang menjadi aset penting kepada negara.
"Ini sekali gus menjadikan rakyat berfikiran terbuka serta dapat mengikis fahaman sempit daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.
"Pada masa sama, negeri Sabah adalah antara contoh terbaik gagasan 1Malaysia seperti yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya ketika berucap menyampaikan perutusan khas sambutan Hari Malaysia Ke-51 peringkat negeri, di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, di Likas, di sini, hari ini.
https://www.facebook.com/abmajid.othman

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.