Pages

Subscribe:

16 September, 2014

[hang nadim] Mualaf bersyukur selamat diijab kabul beramai-ramai

iframe width="420" height="315" src="//www.youtube.com/embed/ggqTmJzARBg" frameborder="0" allowfullscreen>
MOHD. Nur Raimi Chai Abdullah dan isteri, Norfarahana Mohammad Yusoff (pasangan enam dari kiri) bersama pasangan lain selepas melangsungkan akad nikah di Masjid Sultan Idris II, Ipoh, semalam.
IPOH 16 Sept. - Seorang mualaf, Mohd. Nur Raimi Chai Abdullah, 44, merasa bersyukur kerana selamat diijab kabul bersama pasangannya, Norfarahana Mohammad Yusoff, 22, dalam satu majlis nikah beramai-ramai di peringkat negeri, hari ini.
Majlis yang masuk tahun kedua penganjurannya oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) itu melibatkan 38 pasangan termasuk lapan mempelai daripada masyarakat Orang Asli.
Mohd. Nur Raimi yang memeluk Islam pada 1992, mula mengenali isterinya beberapa tahun lalu sebelum berhasrat untuk mengikat ikatan perkahwinan pada penghujung tahun ini.
"Namun, saya diberitahu oleh seorang rakan supaya mendaftarkan diri untuk satu program nikah beramai-ramai di Masjid Negeri. Syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
"Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat biarpun usia kami berbeza, namun, isteri menerima saya seadanya," katanya yang ditemani oleh abangnya, Mohd. Nur Helmi Chai Abdullah, 45; juga mualaf di Masjid Sultan Idris II di sini.
Majlis pernikahan beramai-ramai itu disempurnakan oleh Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin dan turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd. Nizar Zakaria.
Terdahulu, sebelum sesi ijab kabul dimulakan, satu khutbah nikah disampaikan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam negeri, Zakaria Abd. Razak.
Kesemua pasangan pengantin turut menunaikan solat sunat setelah selesai majlis akad nikah dan diarak ke Dewan Bandaran Ipoh untuk majlis makan beradap di situ.
Sementara itu, Mohd. Yusop berkata, sambutan yang diterima untuk kali ini lebih menggalakkan berbanding hanya 10 pasangan, pada tahun lalu.
Menurut beliau, tujuan majlis itu diadakan antara lain bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga dengan mempertonton pengendalian pengurusan pernikahan yang sebenar, mengikut tuntutan syarak.
"Alhamdulillah, kadar penceraian di negeri ini menunjukkan trend penurunan bermula 2011 dengan 2,254 kes kepada 1,540, buat setakat ini, untuk tahun ini.
"JAIPk juga sebenarnya telah melancarkan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di Ipoh pada Mac lalu bagi menangani masalah kekeluargaan di negeri ini," katanya.


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140917/dn_18/Mualaf-bersyukur-selamat-diijab-kabul-beramai-ramai#ixzz3DWWqnkZD 

https://www.facebook.com/abmajid.othman


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.