Pages

Subscribe:

15 September, 2014

[hang nadim] Axia, kereta EEV pertama Malaysia dilancarkan TPM

Oleh NURULANUAR MANSOR

Perodua Axia dijual pada harga atas jalan bermula antara RM24,900 hingga RM45,300

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah menyempurnakan pelancaran Axia, model kereta ke-10 keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), dalam satu majlis yang telah diadakan di sini malam tadi.
Muhyiddin dalam ucapan perasmian berkata, Axia menjadi kebanggaan negara kerana merupakan kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Malaysia.
Jelas beliau, Axia melambangkan kejayaan Perodua dalam menghasilkan kenderaan mampu milik sejak ditubuhkan pada tahun 1993.
“Axia menjadi penanda aras baharu bagi kualiti, pengurusan kos dan produktiviti terutamanya dalam pasaran EEV.
“Model ini juga lambang kepada keupayaan serta kemampuan Perodua membangun dan bersaing dalam pasaran kereta di negara ini," katanya.
Axia didatangkan dengan empat model iaitu Standard E, Standard G, Edisi Khas dan Advance dipacu oleh enjin 1.0 liter mampu memberikan penjimatan petrol sehingga 21.6 kilometer (km) bagi setiap liter.
Sejak tempahan mula dibuka pada 15 Ogos lepas, Perodua Axia yang dijual pada harga atas jalan bermula antara RM24,900 hingga RM45,300 telah mendapat sejumlah 13,5000 tempahan.
Kenderaan ini merupakan model pertama dikeluarkan di kilang cekap tenaga baharu pengeluar kereta kedua negara ini iaitu Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. di Rawang dekat sini dengan sokongan syarikat pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Motor Company. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140916/ko_01/Perodua-Axia-bukan-pengganti-Viva#ixzz3DR5SbQo0
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140916/dn_22/Axia-kereta-EEV-pertama-Malaysia-dilancarkan-TPM#ixzz3DQxgKQqS
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Perodua Axia kini telah berada dalam pasaran setelah dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Perodua Axia bukan pengganti Viva


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), tidak akan memberhentikan pengeluaran Perodua Viva secara komersial selepas memperkenalkan kenderaan cekap tenaga (EEV) mampu milik, Axia, sebaliknya pengeluaran Viva diteruskan mengikut permintaan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kedua-dua model itu dihasilkan di kilang yang berbeza di Rawang, Selangor.
Malah, katanya, Perodua Axia juga adalah model baharu yang mempunyai permintaan tersendiri manakala Viva masih mendapat permintaan dari dalam dan luar negara.
"Viva tidak akan diberhentikan pengeluarannya secara komersial tetapi secara teknikalnya akan digantikan oleh Perodua Axia secara berperingkat-peringkat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sebelum pelancaran Perodua Axia di sini hari ini.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perodua menawarkan empat varian Axia dengan transmisi manual dan auto iaitu bermula dengan Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance.
Sebanyak lapan warna ditawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ebony Black, Moonlight Blue, Cherry Blossom, Lemon Grass Green, Sunflower Yellow dan Lava Red.
Harga terendah yang ditawarkan atas jalan adalah standard E manual solid bagi Semenanjung dengan RM24,600 dan tertinggi adalah varian Advance auto metalik dengan harga RM42,530.
Bercakap mengenai sasaran jualan, Perodua yakin untuk menjual sebanyak 30,000 buah Axia dalam tempoh tahun pertama pengenalannya.
Beliau berkata, setakat ini, syarikat menerima tempahan sebanyak 500 hingga 600 buah Axia sehari.
Katanya, varian standard G, manual dan auto menerima tempahan paling tinggi berbanding varian-varian lain dengan tempahan yang diterima sejak 15 Ogos lalu mencecah 13,500 buah.
"Kami berharap dapat meningkatkan penguasaan pasaran daripada 28.8 peratus kepada 30 peratus sehingga akhir tahun ini selepas pelancaran model baharu Axia ini," katanya.
Pada majlis yang sama, Perodua turut mengumumkan pertambahan waranti kepada lima tahun bagi dua model keluarannya iaitu Myvi dan Alza bermula hari ini.
Perodua turut mengumumkan pelancaran Tabung Prihatin Perodua dengan sasaran kutipan RM300,000 dalam tempoh sebulan sehingga 15 Oktober depan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140916/ko_01/Perodua-Axia-bukan-pengganti-Viva#ixzz3DR6axdD9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Proton keluar senarai harga 'Iriz'


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Proton Holdings Bhd. (Proton) telah mengeluarkan harga untuk model terbaharunya, Kereta Kompak Proton (PCC) `Iriz' yang bakal dilancarkan pada 25 September ini setelah tempahan bermula pada minggu lalu.
Senarai harga tersebut merangkumi harga atas jualan untuk Semenanjung, Malaysia Timur, Labuan dan Langkawi untuk lapan varian.
Harga yang terendah adalah untuk model 1.3L Standard MT (Transmisi Manual) untuk warna solid yang dijual pada harga RM42,438 sebuah dan untuk varian yang paling mahal ialah 1.6L Premium CVT Metalik pada harga RM62,888 sebuah untuk Semenanjung.
Dalam perkembangan lain, Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memandu PCC 'Iriz' pada waktu pagi bersama pegawai-pegawai Proton untuk bersarapan di Pavilion.
Gambar beliau memandu model terbaharu Proton itu telah dirakam dan disiarkan dalam blog.

https://www.facebook.com/abmajid.othman

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140915/ko_01/Proton-keluar-senarai-harga-Iriz#ixzz3DR7oOYMB 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.