Pages

Subscribe:

15 September, 2014

[hang nadim[ PROJEK TERNAKAN RUSA TIMORENSIS......KEDA.....



ROJEK TERNAKAN RUSA TIMORENSIS, KAMPUNG SEMELIANG, PADANG TERAP
KEDA telah mula melaksanakan Transformasi Projek Pertanian dan Ternakan kawasan luar bandar di Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu projek yang sedang diusahakan adalah Projek Ternakan Rusa. Projek ini telah dimulakan pada tahun 2012 dengan usahasama Syarikat Semeliang Agro Farm Sdn. Bhd. Pada permulaan projek sebanyak 35 ekor rusa jenis Timorensis telah diternak melibatkan 7 orang peserta.
Pada tahun 2014, bilangan rusa telah ditambah sebanyak 65 ekor dan menjadikan jumlah sehingga kini 100 ekor. Selain daripada baka rusa, usahasama ini juga melibatkan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti Dewan Kuliah / Seminar dan bilik penginapan bagi peserta kursus, lawatan dan juga sebagai Projek Agro Edu Tourism.
KEDA juga telah mengembangkan lagi projek ini dengan membekal baka rusa dan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada 7 orang peserta di Daerah Kubang Pasu dan Baling, Kedah Darul Aman. Ini adalah selaras dengan hasrat KEDA untuk menjadikan sebagai pengeluar baka dan daging rusa segar di Malaysia.
Senarai Ladang-Ladang KEDA
Ladang Pantai Molek, Sik
1. Lokasi : Hutan Simpanan Ternas, Daerah Sik
2. Keluasan : 136 hektar
3. Tanaman : Getah
Ladang Rambong, Baling
1. Lokasi : Hutan Simpanan Ulu Muda, Daerah Baling
2. Keluasan : 90 hektar
3. Tanaman : Durian dan Kelapa sawit
Ladang Sungai Tengas, Kulim
1. Lokasi : Hutan Simpanan Gunung Bongsu, Daerah Kulim
2. Keluasan : 178 hektar
3. Tanaman : Getah
Ladang Charuk Kelubi, Baling
1. Lokasi : Hutan Simpanan Ulu Muda, Daerah Baling
2. Keluasan : 40 hektar
3. Tanaman : Kelapa Sawit
Ladang Bukit Relau, Bandar Baharu
1. Lokasi : Hutan Simpanan Bukit Relau, Daerah Bandar Bahru
2. Keluasan : 144 hektar
3. Tanaman : Durian dan Kelapa Sawit
Ladang Teluk Teduri, Baling
1. Lokasi : Hutan Simpanan Gunung Inas, Baling
2. Keluasan : 140 hektar
3. Tanaman : Getah, Rambutan dan Durian
Ladang Kopi dan Herba Charuk Tualang, Sik
1. Lokasi : Hutan Simpanan Bukit Enggang, Daerah Sik
2. Keluasan : 23 hektar
3. Tanaman : Kopi Robusta, Limau Purut, Serai Wangi dan Misai Kucing
4. Kemudahan : Edu Agro Tourism – Chalet, Asrama, Dewan Kuliah, Dewan Makan dan Surau
5. Kilang Air Mineral – jenama AL WADI dan AQUA SIK
Ladang Sejahtera Bendang Man, Sik – ( Agropolitan Sik )
1. Lokasi : Hutan Simpanan Rimba Teloi, Daerah Sik
2. Keluasan : 100 hektar
3. Tanaman : Getah
KEDA Resort Bendang Man, Sik / Kelulut Valley
1. Lokasi : Hutan Simpanan Rimba Teloi, Sik
2. Keluasan : 40 hektar
3. Tanaman : Durian
4. Kemudahan : Chalet, Dewan Kuliah, Dewan Makan, Surau dan Khemah
5. Terdapat 500 koloni kelulut yang telah mengeluarkan madu.
PROGRAM HOMESTAY
Tujuan
Membangunkan sektor pelancongan dalam program pembangunan KEDA khususnya di Desa-desa KEDA
Membolehkan penyertaan aktif oleh kumpulan sasar dalam sektor pelancongan
Menambah aktiviti-aktiviti nilai tambahan untuk pulangan yang lebih positif dan selaras dengan matlamat Pertumbuhan dengan Ekuiti dan Pembangunan Seimbang (KEDAH MAJU 2010 dan Dasar Pembangunan Negara)
Potensi Produk
Keindahan dan kehijauan alam sekitar di desa
Mengenalpasti Desa-desa KEDA yang berpotensi
Merancang dan mewujudkan Program-program Pelancongan seperti : Homestay, eko-pelancongan, budaya, sejarah dan sebagainya
Dipakejkan secara bersepadu dengan peningkatan Sektor Pelancongan peringkat Negeri, Kerajaan Pusat, Swasta dan sebagainya
Kawasan Dikenalpasti Untuk Program Homestay
Desa KEDA Kampung Wang Tok Rendong, Langkawi
Desa KEDA Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda
Desa KEDA Kampung Lahar Tunjung, Pendang
Desa KEDA Bandar Baru Berisjaya, Sik
Desa KEDA Bagan Sena, Kulim
Desa KEDA Pulau Tuba, Langkawi
Desa KEDA Ulu Legong, Baling
https://www.facebook.com/abmajid.othman/posts/819432714768062:0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.