Pages

Subscribe:

14 September, 2014

]hang nadim] Majlis Fatwa Kebangsaan Menetapkan Bahawa Wira Negara sebagai syahid akhirat?.....

on Thursday, March 14, 2013 

https://www.facebook.com/abmajid.othman


1. Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))
2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))


Mati syahid adalah kurniaan yang paling berharga terhadap sesiapa saja yang dipilih oleh Allah swt. Ganjaran untuk orang yang mati syahid sangat besar sehingga dicemburui oleh manusia lain di padang Mahsyar. Ulama mengkategorikan orang yang mati syahid kepada tiga bahagian berdasarkan rumusan hadis-hadis Rasullulah berkenaan orang yang mati syahid . Nabi saw sendiri tidak menamakan setiap kategori dengan istilah khusus seperti mana dinyatakan ulama. 

Syahid Dunia Akhirat 
Pertama, syahid dunia akhirat adalah darjat tertinggi dimana orang yang mati syahid ini tidak dimandikan , tidak dikafankan dan tidak di sembahyangkan. Mereka akan dikebumikan bersama pakaian dan darah yang masih ada pada tubuh badan mereka. Di hari akhirat mereka akan dibangkitkan dengan darah yang masih merah tetapi darah itu berbau sangat harum sehingga manusia lain di padang Mahsyar sangat senang dengan mereka. Golongan ini adalah golongan yang terkorban kerana mempertahankan agama di medan jihad menentang orang kafir. 

Ulama meletakkan beberapa syarat untuk kategori syahid dunia akhirat antaranya perang itu adalah perang yang diistiharkan oleh pemerintah Islam menentang golongan kafir di medan jihad. Perang saudara sesama umat islam tidak dikategorikan dalam bahagian ini . Begitu juga antara orang islam dengan bukan islam tetapi bukan sebab agama seperti rusuhan kaum berebut kawasan, pertikaian berhubung dasar, polisi tertentu dan sebagainya. 

Syahid Akhirat
Kedua, syahid akhirat yang diberi limpahan kurnia yang besar daripada Allah swt di alam barzakh serta hari akhirat. Cuma mereka diuruskan seperti jenazah orang mati biasa, dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan. Imam al-Sayuti menyenaraikan 30 golongan yang mati syahiddalam kategori ini bahkan ada sebahagian ulama lain sehingga 50 golongan. 

Kategori ini berdasarkan Hadis nabi saw ketika baginda bertanya kepada sahabat;"Siapa yang kamu kira sebagai syahid? Mereka menjawab : Orang yang terbunuh di medan jihad fi sabillilah .  

Baginda menjawab : Jika begitu sungguh sedikit syuhada daripada kalangan umatku, sesiapa yang dibunuh pada jalan Allah adalah syahid, sesiapa yang terkorban (seperti kemalangan, terkena tembakan rakan sendiri dan sebagainya) di jalan Allah adalah syahid, sesiapa yang mati kerana taun,kerana sakit dalam perut, kerana lemas adalah syahid. " 
(Riwayat Muslim) 

Dalam riwayat lain, golongan mati terbakar, ditimpa runtuhan, mati bersalin, mati mempertahankan harta,maruah diri dan keluarga juga dikira sebagai mati syahid akhirat. Dalam hal ini, sudah tentu anggota keselamatan kita yang terkorban kerana mempertahankan keutuhan dan kedaulatan negara mati syahid namun dikategorikan sebagai syahid akhirat. 

Oleh kerana itu kita lihat jenazah mereka dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti biasa tetapi hakikatnya mereka adalah syuhada di sisi Allah jika niat dan perlakuan mereka ikhlas serta tulus kerana Allah swt. 

Syahid Dunia 
Ketiganya, syahid dunia iaitu mereka yang tebunuh di medan jihad fi sabilillah tetapi niat bukan untuk mempertahankan agama sebaliknya semata-mata menunjukkan kemegahan diri, kaum atau bangsa. Boleh jadi mereka yang membuat onar di medan jihad seperti di zaman rasullulah di mana ada pejuang dalam diam yang menyembunyikan harta rampasan perang untuk kepentingan diri sendiri. 

Jenazah diurus seperti syuhada
Golongan ini pada pandangan mata kasar adalah syahid, diuruskan seperti syuhada yang lain, tidak dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan tetapi hakikatnya di sisi Allah mereka adalah pengkianat. Golongan seperti di bawa ke hadapan pengadilan Allah lalu Allah swt berfirman: "Engkau berkata dusta, engkau berperang supaya dikatakan seorang yang berani, dan memang engkau telah mendapat pujian itu, lalu ia diseret dan dihumban ke dalam neraka." (Riwayat Muslim) 

Semoga kita dikurniakan hati yang suci dalam melaksanakan apa saja amalan dengan ikhlas serta jujur supaya diterima oleh Allah swt

Majlis Fatwa Kebangsaan Menetapkan Bahawa Wira Negara sebagai syahid akhirat?

Syahid pertama
Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir Quraisy
di Mekah dalam usaha mengajak kaum Quraisy kepada kebaikan mengucapkan Kalimah Shahadah. Akhirnya dengan balingan lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan wanita pertama Islam yang gugur syahid.

Penghulu para syuhada

Sabda Rasulullah:

"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al Hakim)












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.