JADILAH SUAMI DAN ISTERI YANG BAHAGIA......
Bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.
TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI MENGIKUT ISLAM
ADIL
PEMIMPIN
NAFKAH
PENDIDIKAN
PELINDUNG
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
PEMIMPIN
NAFKAH
PENDIDIKAN
PELINDUNG
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI MENGIKUT ISLAM
TAAT
MELAYAN SUAMI
MENGURUS RUMAHTANGGA
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
MENYENANGKAN HATI SUAMI
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
MELAYAN SUAMI
MENGURUS RUMAHTANGGA
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
MENYENANGKAN HATI SUAMI
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam
ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami.
Sabda Rasulullah SAW:
(Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you.
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.
PEMIMPIN
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.
Suami juga hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan orang-orang dibawahan
jagaannya, iaitu isteri serta anak-anaknya. Tanggungjawab yang dipikul ini
adalah besar, oleh itu si suami hendaklah bersedia untuk memimpin sebuah
kerajaan yang dibinanya.
Firman Allah
Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan
apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang
lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka.
Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di
belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)
NAFKAH
Si suami juga
hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut
kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang
mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.
Firman Allah
“Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian
kepada isteri dengan cara yang baik.”
(Al-Baqarah:233)
Suami juga hendaklah
memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli
keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang
sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk
mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya
mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab
suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya
dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun
kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.
Untuk keperluan batin
pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri
sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan agama
sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa
memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi
keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan
serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan
anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan
pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya.
Dengan memberi panduan
kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan
keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang
hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai
pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat
sunat dan sebagainya.
PELINDUNG
Si suami juga
bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si
isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka sudah tentu si suami hendaklah
menjaganya serta menggembirakan hatinya. Hendaklah si suami memastikan bahawa
si isteri sentiasa berasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara:
Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang
idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah
menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka.
(at-Talaq :6)
Menurut ayat di atas
juga, suami bertanggungjawab menyediakan kediaman (yakni perlindungan) kepada
si isteri. Suami hendaklah memastikan bahawa keselamatan si isteri adalah
terjamin. Perempuan adalah kaum yang lemah, oleh sebab itu, sebagai kaum yang
berdaya, suami hendaklah menjaga si isteri daripada sebarang bahaya. Untuk
mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga, rasa cinta dan kasih sayang perlulah
wujud antara suami isteri. Suami hendaklah memberikan kasih sayang kepada si
isteri dengan menjaga hatinya dan melayannya dengan baik.
Suami hendaklah
memastikan bahawa hati si isteri tidak terluka dengan sikap si suami. Jika si
isteri melakukan sesuatu perkara yang kurang disenangi oleh suami, maka si
suami hendaklah bersabar dan beralah dengannya asalkan ia tidak merosakkan
peribadi si isteri dan si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah
dalam Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
Whoever of you whose wife behaves in a
disagreeable manner and he responds by kindness and patience, God will give him
rewards as much as job will be given for his forbearance.
Untuk memastikan bahwa
si suami dapat bersabar dengan karenah si isteri, si suami hendaklah mempunyai
sikap memahami dan memaafkan. Ini adalah perlu supaya tidak terjadi perbalahan
sesama sendiri walaupun punca masalah yang timbul adalah kecil sahaja. Si suami
hendaklah bersabar dengan keletah si isteri, bertimbang rasa, dan memahami
penderitaan yang ditanggung oleh si isteri ketika hamil, melahirkan anak dan
mengasuhnya. Pada ketika inilah si isteri kadang-kadang bertindak mengikut
perasaan. Oleh sebab itulah pada ketika ini, si suami hendaklah melayan si
isteri dengan baik dan lemah lembut. Janganlah kerana perkara yang kecil sahaja
maka si suami menengking si isteri itu. Akibatnya, rumahtangga akan menjadi
goyah.
Jika terdapat
kecacatan secara fizikal atau sebagainya, si suami hendaklah merahsiakannya
daripada pengetahuan orang ramai. Apa-apa tanda yang terdapat pada tubuh si
isteri, adalah menjadi amanah kepada si suami merahsiakan segalanya kerana ia
boleh mengaibkan si isteri jika dihebohkan. Kita perlulah mengasihi semua
anggota keluarga kita. Setelah berkahwin, semua ahli keluarga pihak si isteri
akan menjadi keluarga pihak si suami. Oleh sebab itu, si suami hendaklah
menyayangi keluarga pihak si isteri seperti keluarganya sendiri.
MELAYAN & MENGGAULI ISTERI DENGAN BAIK
Gurauan adalah perlu dalam perhubungan suami isteri kerana ia boleh merapatkan lagi perhubungan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara untuk merehatkan badan dan pemikiran. Suami hendaklah menggembirakan hati si isteri apabila berehat dengannya dengan berjenaka secara sederhana. Apabila menggauli si isteri, suami hendaklah melakukannya dengan lemah lembut, sopan santun dan tidak zalim.
Tanggungjawab Seorang Isteri Mengikut Islam
TAAT
Tanggungjawab utama
seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan
isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga
terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada
sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh
mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh
isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah
mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara
menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin,
suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar
rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman
dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di
sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn
Hanbal)
Larangan berpuasa
tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat
melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah
sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga
hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja.
Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh
sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke
tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan
marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan
daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi
kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri
ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat
serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias
rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ.
Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan
keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami
isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami
memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja
dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri
hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri
mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang
mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat
perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi
pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian
supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga
adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri
masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula
diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan
adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah
keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang
isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar
dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti
bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai
hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang
tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah
menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang
mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka
menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga
tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si
suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul
yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini
perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami
memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si
isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh
meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya.
Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya
dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada
menyebut:
Accept the little I may give you, my love for
you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when
I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan
hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya
kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah
mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri
juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua
Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in
which you were brought up for a house in which you brought up for a house
unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will
be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be
like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour,
least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become
indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns
away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his
ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you
except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except
nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah
seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam
menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan
orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai
cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping
menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah
institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab
supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian,
terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri.
Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu
ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita
juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak
ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna
lagi.
Untuk menyelesaikan
apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi
kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik
kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk
kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri
boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama.
Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan
pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang
memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal
sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi
oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul.
Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi
tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami
isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing
daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal
kebajikan.
Kedua-duanya perlulah
bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana
perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah
saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau
menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap
terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah
saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari
daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan
saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan
kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun
sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah
berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang
diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah
berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah
ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling
penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah
setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup
berumahtangga.
sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
SILA KLIK.....http://nukilanhangnadim.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.