Pages

Subscribe:

20 September, 2014

[hang nadim]Ust Safrizal Tarmizan telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan di Kuala Krai......




Friends of BN - Barisan Nasional added 3 new photos.
1 hr · 
Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ust Safrizal Tarmizan telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan di Kuala Krai, Kelantan dalam perjalanan bertugas di Pengkalan Kubor. Takziah admin ucapkan. Al-fatihah

Ketua Penerangan Pemuda Pas N9, ibu maut kemalangan
KUALA KRAI 20 Sept. - Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Sembilan dan ibunya maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan bas ekspress di Kilometer 106.5 Jalan Kota Bharu Gua Musang awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi, Safrizal Tarmizan, 31, dan ibunya, Asmita Lukman, 56, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Isteri Safrizal, Nurul Izatil Aqmar Mat Lazim, 28, sedang dirawat di Hospital Kuala Krai manakala anak tunggal mangsa, Umar Al Fateh, 3, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan anak saudara perempuanya berusia enam tahun cedera ringan.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke Seremban setelah berada di rumah mertuanya untuk mengambil isteri yang pulang ke kampung sempena cuti sekolah pada Isnin lepas. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140920/je_08/Ketua-Penerangan-Pemuda-Pas-N9-ibu-maut-kemalangan#ixzz3DqdLBtLu
© Utusan Melayu (M) Bhd 










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.