Pages

Subscribe:

15 Oktober, 2014

9hang nadim]Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat meninggal dunia.....Al fatihah




Lt Jen Dato' Jaafar bin Onn (B) dan Lt Jen Datuk Abdullah Shamsudin (B)

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Jaafar Onn meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Shah Alam pukul 7.40 malam tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat zuhur hari ini.
Allahyarham merupakan anak kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141015/dn_03/Bekas-Timbalan-Panglima-Tentera-Darat-meninggal-dunia#ixzz3GD7KrKAw
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Allahyarham tokoh keamanan negara

HISHAMMUDDIN Tun Hussein mengaminkan doa semasa menziarahi jenazah Allahyarham Jaafar Onn di Seksyen 11, Shah Alam, semalam. - BERNAMA


SHAH ALAM 15 Okt. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menyifatkan pemergian bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat dan dirinya secara peribadi.
Beliau berkata, bapa saudaranya itu merupakan antara tokoh penting dalam lipatan sejarah negara khususnya mempertahankan keselamatan rakyat dan keamanan tanah air sepanjang perkhidmatannya bersama pasukan tentera.
"Allahyarham merupakan seorang pejuang, berprinsip serta tegas.
"Negara kehilangan seorang tokong yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Jaafar di Seksyen 11 di sini hari ini.
Yang hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir.
Selain itu, turut ha-dir ialah rakan seperjuangan Allahyarham ketika berkhidmat da-lam pasukan keselamatan negara antaranya bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth dan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd. Hanif Omar.
Semalam, Jaafar yang berusia 81 tahun meninggal dunia di kediamannya di sini kerana sakit tua.
Sementara itu, ahli keluarga terdekat, Haeris Khizer Mohd. Riani, 29, memberitahu, Jaafar meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.
"Selepas solat maghrib, arwah mengalami sesak nafas lalu rebah.
"Selepas 20 minit kemudian, arwah didapati telah meninggal dunia," jelasnya.
Jaafar meninggalkan seorang balu, Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua anak iaitu Farid Jaafar dan Faridah Jaafar masing-masing berusia 55 dan 56 tahun.
Jenazah disembah-yangkan di kediamannya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini pada kira-kira pukul 12.35 tengah hari manakala talkin dibacakan oleh bekas Imam Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail.
Jaafar yang juga adik kepada bekas Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn menyertai angkatan tentera dari 1952 hingga 1983.
Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak sebe-lum melanjutkan pengajian di Officer Cadet School (OCS), Eaton Hall Cheshire, England (1953); Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), England (1955); British Staff College, Camberly, England (1962) dan Royal College Defence Stu-dies (RCDS), England (1978).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141016/dn_17/Allahyarham-tokoh-keamanan-negara#ixzz3GGG8U5ks
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Al Fatihah - General (bersara) Jaafar Onn telah kembali ke Rahmatullah petang tadi. Semoga rohnya dirahmati Allah Swt.
Allahyarham merupakan anak arwah Dato' Onn Ja'afar, adik PM ke-3 arwah Tun Hussein Onn dan bapa saudara Hishammuddin Hussein.
Like
ARKIB : 15/10/2014

Malaysia paling aman hubungan antara agama

SEREMBAN 15 Okt. - Kewujudan keseimbangan antara jaminan Perlembagaan terhadap kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan hak kebebasan beragama bagi masyarakat bukan Islam telah meletakkan Malaysia sebagai antara negara paling aman dalam aspek perhubungan antara agama.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan agama, konflik antara agama yang membawa kepada kacau bilau dan pertumpahan darah sepertimana yang berlaku di banyak negara majmuk yang lain, tidak berlaku di negara ini.
"Alhamdullilah ini adalah rahmat anugerah Allah kepada Malaysia berkat kebijaksanaan dan wawasan jauh kepimpinan negara kita dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara majmuk, " katanya.
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kursi Kepemimpinan Islam Tuan Guru Haji Mohd. Yassin Muhammad di Dewan Besar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141015/dn_28/Malaysia-paling-aman-hubungan-antara-agama#ixzz3GGHaLXD7
© Utusan Melayu (M) Bhd 


·          PEJABAT PERKASA MALAYSIA
Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia - 
(1579-08-WKL)
 

No 88, Tingkat 2, Wisma KGMB,
Jalan Dato' Hj. Eusoff,
 
50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Tel: 03-40428257 , Faks: 03-40428291
Emel: suaperkasa2008@gmail.com
  

Bekas Pengasas Perkasa, Datuk Jaafar Onn, Meninggal Dunia

October 15, 2014   Kenyataan Umum

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga bekas pengasas penubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) dan memegang keahlian Perkasa bernombor 02 dan juga bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Jaafar Onn yang telah meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 Shah Alam, pada Selasa malam.
Menurut jurucakap media Kementerian Pertahanan, Allahyarham yang juga adik bekas Perdana Menteri Ketiga Tun Hussein Onn, meninggal dunia pukul 7.45 malam dan akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas solat Zuhur pada Rabu.
Dato’ Presiden Perkasa beserta beberapa orang kepimpinan tertingi Perkasa turut menziarahi jenazah Allahyarham dirumahnya.
Allahyarham, yang juga bapa saudara Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, meninggalkan seorang balu Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua anak.
Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.
di tempatkan  bersama roh orang-orang yang beriman.
  • perkasa
  • Pejabat Urusan Perkasa

     daftar ahli
  • PEJABAT PERKASA MALAYSIA

    Sebarang Pertanyaan sila hubungi :-
    Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia -
    (1579-08-WKL)

    No 88, Tingkat 2, Wisma KGMB,
    Jalan Dato' Hj. Eusoff,
    50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
    Tel: 03-40428257 , Faks: 03-40428291
    Emel: suaperkasa2008@gmail.com
IMG-20141015-WA0054
IMG-20141015-WA0055
IMG-20141015-WA0058
IMG-20141015-WA0059
IMG-20141015-WA0065

IMG-20141015-WA0067





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.