(An-Nisaa'
4:23)
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Bayi perempuan akan diiktiraf
dalam Islam sebagai anak susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu
pula akan diiktiraf dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan
terhasil ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di antara
suami susu dan anaknya.
Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal
ini, demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram
melalui susuan itu adalah susu ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada
melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan dubur
maka ia tidak di kira.
(Rujuk
Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq, 2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun
al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-Sartowi, ms 104).
Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram
berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu
(Rujuk Bidayatul
Mujtahid, 2/33):-
·
i- Suami wanita susuan
kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.
·
ii- Ayah serta datuk kepada
ibu susunya.
·
iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.
·
iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.
·
b) Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.
Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah :
Ertinya :"(Antara yang haram kahwin adalah)
Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (An-Nisa : 23)
Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik
beradik. Juga Nabi SAW bersabda ertinya :"Apa yang jadi haram disebabkan
susuan adalah seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"
Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan
yang diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah
dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu di
jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat
menurut Islam.
Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya
ketika ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti
dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh islam kepada lelaki dan perempuan yang
bukan Mahram.
c) Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya.
d) Adapun andaian tertukar bayi ketika di hospital atau
klinik adalah amat jarang berlaku. Dan jika ia benar-benar tertukar dan di luar
pengetahuan ibu bapa. Maka anak pada hemat saya akan menjadi anak susuan , ia
adalah kerana sudah pasti anak itu akan menyusu dengan si ibu tadi, dan dengan
hanya 3 kali kenyang hasil dari penyusuannya, sabitlah status anak susuan.
Manakala hubungan lain yang tidak diketahui, maka adalah dimaafkan. Sebagaimana
hadith : " Diangkat tanggungan dari seseorang manusia kerana tiga perkara
: Tidur sehingga bangun, Bayi sehingga baligh dan gila sehingga sedar".
Maka bab tiada pengetahuan yang shohih dalam hal ini juga termasuk dalam hal di
atas. Dan ia akan kekal demikian sehinggalah maklumat yang sebenar dapat
diketahui
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
30 Jan 07
11 Muharram 1428 H
Nestlé has once more been ranked as one of the world’s top employers by college students surveyed globally, according to an annual survey produced by Universum, the global branding company.
Nestlé was ranked No. 20 by business students, up from No. 25 last year.
Universum’s 2014 ranking is released in conjunction with CNNMoney .
Universum surveys more than 200,000 business and engineering students in the world’s 12 largest economies to derive its findings.
Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang
sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa
susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu
terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan
sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan
meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik,
selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi bagi
menggantikan susu lembu.
Kalau beli sedozen dan ke
atas, ade harga istimewa.
SUSU
SUSU MALAYSIA AWAS….JANGAN TERSALAH
PILIH....
http://susukambing-rosalizi.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.