Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sunday, June 3, 2012
Perempuan garang? oh lelaki jangan tertipu.
Assalamualaikum.
Pernah dengar kata-kata nie? " PEREMPUAN YANG GARANG SEBELUM KAHWIN ADALAH WANITA YANG MANJA SELEPAS KAHWIN" .
Ok pertama kali aku dengar kata-kata nie,maaflah yea sesiapa terasa,aku rasa nak gelak guling-guling. Idea sapa lah nie nak memohong orang ramai. Oh pelisssss.....
Aku rasa kesian dekat lelaki yang percaya sangat kata-kata ini. Meh nak bisik.. "Syhhhh korang ni berpotensi besar mengalami kes queen control lepas kahwin nanti" . Berpotensi besar okay.
Ape kebendanya korang ingat sifat garang nie senang-senang nak buang ke? Senang-senang nak sorok ke? Aku pun kategori perempuan garang , dan aku tak rasa benda nie betul , cuma bagi aku garang tu biarlah bertempatlah kan.
Tengok kawan-kawan aku (lelaki) , belum kahwin tp awek dah suka maki hamun , bukan nak menyibuk hal orang, tapi kalau bergaduh kat tempat public tu *facebook*, sorry lah aku terbaca komen-komen sambil makan pop corn. Nak tanya nie.... Korang yakin ke garang style maki-maki hamun tu korang nak buat isteri? Apatah lagi mencarut ? Oh no komenlah kalau korang rasa yakin boleh membimbing mereka. Tapi bagi aku lah kan. Kalau boleh hal gadoh gadoh ni jangan kat umum la wey... Jaga maruah pasangan anda :)
Dan sekali lagi aku nak gitau , aku pun kategori perempuan garang . Cuma aku garangnya bertempatlah. Aku sangat meluat perempuan nak garang-garang ni. Kadang-kadang ade jugak aku nampak perempuan sebaya aku nak garang-garang dengan aku. Memang menguji kesabaran la jugak. Tapi aku kata td aku kan garang bertempat, so aku biar jelah orang tu garang tak bertempat selagi tak terkena suis meletup aku, oh yeah aku cool (^__^)v
Perempuan tak payah nak garang-garang sangatlah. Cukuplah sekadar tegas untuk mempertahankan maruah diri, keluarga , dan agama. Tegas bermaruah. Garang tu mcm kurang sesuai la perempuan nak jegil-jegil mata , tinggi-tinggi suara...See ... Tak sesuai ya amat kan... Sebab tu aku cakap aku garang bertempat je. Garang aku cuma dengan adik-adik aku, sebab aku sayang dan mahu diorang jadi insan yang berguna.
Dan sebenarnya, lelaki ni besar egonya . Diorang tak suka dimarah tak tentu hala.Kalau nak garang-garang tu , janganlah depan orang ramai. Jaga maruah mereka kalau nak dihormati oleh mereka . Dengar tu kawan-kawan, kalau nak dihormati, kita pun kena hormat maruah orang....
Nusyuz biasa terjadi dari pihak isteri, sebagai dasar hukumnya adalah firman Allah Swt:Wanita-wanita yang kamu bimbangkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka dan jika mereka mentaatimu maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya, sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar(QS. an-Nisa’: 34).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.