TAAT
Tanggungjawab
utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya.
Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih
daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini
berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya
aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain
tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat
Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri
hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan
ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan
membantah.
Sabda
Rasulullah SAW:
Tidak
boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat
Ahmad)
Setelah
berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri
ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada
suami.
Sabda
Rasulullah SAW:
Tidak
halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk
berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya
itu.
(Riwayat
al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan
berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak
dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin
adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si
isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa
sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya.
Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak
suaminya.
Sabda
Rasulullah SAW:
Apabila
seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan
ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya
malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat
sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk
mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri
perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh
untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas
seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat
untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri
hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati
untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias
mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu
bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila
si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah
berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya.
Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si
isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang
mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat
perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi
pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian
supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab
Bersama.
Pengurusan
rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu
rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah
itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja
rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan
wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama
mereka.
MENJAGA
MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai
seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila
keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu
seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang
dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara
yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah
menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang
mungkin akan berlaku.
Firman
Allah:
Hai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh
tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.”
(Al-Ahzab:
59)
Seperti
juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada
si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib
timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti
ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila
si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi
tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak
boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada
kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah
menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam
pepatah Arab ada menyebut:
Accept
the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your
voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam
al-Ghazzali)
Untuk
menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga
dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si
isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati
melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik
perhatian si suami.
Seorang
perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O
my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house
in which you brought up for a house unknown to you and to a companion
unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat
to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he
will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be
bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If
he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose
yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not
smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an
agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine
words.
(Imam
al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri
yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt
dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu
diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk
mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami
disamping menghiburkan hatinya.
Dalam
sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul
tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang
sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami
isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana
ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih
banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih
bermakna lagi.
Untuk
menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa
berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada
bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan
tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga
suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang
kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri
kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah.
Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang
dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat
dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah,
adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah
dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan
masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak
hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya
perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana
perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah
saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau
menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap
terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami
isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita
tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa
sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup
dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin
menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah
satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah.
Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi
adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat
berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan.
Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal
kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam
hidup berumahtangga.
يا ابنتي! كنت مغادرة المنزل الذي كنت أحضر للحصول على المنزل الذي كنت أحضر للحصول على المجهول منزل لك ولرفيق غير مألوف لك. تكون أرضية له، وقال انه سيكون سقف لك؛ يكون مقعد لينة له، وقال انه سيكون دعامة بالنسبة لك. ويكون مثل فتاة الرقيق له وانه سوف يكون ولدا عبدا لك. تجنب السلوك غير مناسب، على الأقل كان يجب أن يشعر بالملل معك؛ وإذا لم يتم بمعزل ئلا ينبغي أن يصبح غير مبال لك. إذا اقترب منك، يهرعون إليه؛ واذا كان يبتعد، لا تفرض نفسك عليه وسلم. رعاية أنفه، عينه وأذنه. دعه لا رائحة إلا رائحة جيدة من أنت؛ لا تدع عينه أراكم إلا في مظهر مقبول. وفليسمع منك شيئا إلا لطيفة، والكلمات الجميلة.
(الإمام الغزالي)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.