SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing termasuk 'China Doll' yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen di Seremban, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kebanyakan kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa kepada ibu bapa yang berkahwin hanya untuk berseronok dan tidak mendaftarkannya kerana mengelak daripada diketahui orang lain terutama bagi lelaki yang sudah berkeluarga.
Jelas beliau, masalah tersebut turut berlaku dalam kalangan lelaki Islam yang berkahwin lain secara rahsia tanpa mendaftarkannya menyebabkan anak yang terhasil tidak memiliki sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) berhubung langkah pemberian taraf kewarganegaraan oleh pihak berkuasa dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE