Pages

Subscribe:

25 November, 2014

[hang nadim] Bila sudah Padi Di Tuai…….





Forum Kecil Keluarga Bermula Ahli nya:-
Allahyarham Lebai Abdul Wahab…….(Dulang Kecil)
Allahyarham Haji Hashim,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,(Kg Redang Pasir Yan Kedah)
Allahyarham Haji Mohd Rejab………..(Kg Dulang Kecil )
AllahYarham Rejab Md Saman……….(Pasir Gebu Penaga)
Allahyarham Haji Kassim……………...(Sedaka Kedah)
Allahyarham Ibrahim…………………..(Sedaka Kedah)
Allahyarham Aziz Wahab……………...( Teroi Padang, Kedah)
Allahyarham Abu Bakar Muin…………(Rantau Panjang Kota Kuala Muda)
Haji Mohammad Said…………………..(Cittagong Pakistan Timur,Putus Perhubungan)
Kadang Kala Muncul Juga
Ustaz Haji Jaafar………………………(Padang Limau Kota Kuala Muda Kedah)
Jasin Man………………………………..(Permatang Rambai Penaga)
Dahaman Muin………………………….(Pasir Gebu)
Hassan Ibrahim…………………………(Pasir Gebu)
Pada tahun 1953 suatu  Petang  Jumaat aku  masih Ingat aku  mula  di perkenalkan  dengan  Ahli  Forum diatas
oleh Datuk ku Mohd  Rejab di rumah   di no 155  Pasir   Gebu ,Penaga ……Setiap tahun selepas musim padi ,
mereka  akan  datang  berkumpul  bagi mengeratkan  ikatan  Silaturahim  antara  keluarga…..Mereka solat jemaah bersama….makan minum….semuanya  bersama  apa  yang  menarik  mereka akan  membahaskan  satu s atu  Isu
agama  yang  perlu sama-Sama bincang bagi penyelesaian…..Aku masih Ingat satu Isu yang Panas…..ia itu Zakat permulaan bicara lepas Solat Isya…..hingga ke Subuh…..lepas minum pagi mereka terus baring kerana tak tidur semalaman  aku  terus  kesekolah  selepas  terima  wang  hampir $2/- hebat juga  pagi tu  kerana  wang  sekolah setiap hari 20 sen Sahaja……Syukur Kepada Allah semua keluargaku pemurah dan dermawan….

Mereka datang bukan dengan kenderaan Istimewa hanya dengan basikal dan  membawa buah tangan Beras dan
beras pulut .kerana keikraban Persaudaraan  mereka sanggup berbasikal hampir 50 Km…..hari ini mari kita cuba mengembalikan keikraban ini semoga tali persaudaraan  terus dirahmati Allah…..dan kita  namakan  Baboo Solleh……di Pulau  Pinang  Asasnya Baboo dan d i kedah  Pula Solleh…..

Ketika itu buah Remunggai menjadi Hidangan utama (Gulai Lemak campur Dal) Tukang  masak sepupu mereka Allahyarham Aminah Md Saman……Fatimah (Alus) Md Saman dan Zaharah Man Isteri Rejab…..sebelah pagi makan Pulut dengan Ikan kering haruan ,Gelama dan Tamban….amat menyelerakan

Apakan daya mereka telah kembali Kerahmatullah…..Hanya Al Fatihah  untuk Mereka dan marihlah kita meneruskan semangat kekeluargaan yang mereka jalin

Semoga Persatuan Keluarga BABOO SOLLEH akan di ujudkan……Insya Allah…..




  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.