Pages

Subscribe:

27 September, 2010

[ hang nadim] Empat anggota PGA terbunuh....Takziah



Oleh Suzianah Jiffar
suzianah@bharian.com.my
2010/09/28
Trak dinaiki bertembung treler ketika pulang pangkalan Batalion Ke-15

KOTA KINABALU: Jalan Labuk-Sandakan yang dikategorikan berisiko tinggi, meragut empat lagi nyawa semalam – kali ini membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Batalion 15 selepas sebulan bertugas di pos kawalan keselamatan di Sugut, Beluran.

Dalam nahas terbaru pada jam 4.30 pagi itu, tiga lagi anggota PGA parah apabila trak dinaiki berlanggar dengan sebuah treler mengangkut kelapa sawit di Batu 19 laluan berkenaan, kira-kira 350 kilometer (km) dari sini.

Empat anggota PGA yang terkorban ialah pemandu trak itu, Lans Koperal (L/Kpl) Sapieh Jalhani, 32; Sarjan Hashamdi Abdullah, 52, L/Kpl Agustine Lee, 31 dan L/Kpl Sylvester Assin, 36, manakala yang cedera L/Kpl Francis Joseph, 37, L/Kpl Dixon Mamat, 28, dan L/Kpl Asri Sabani, 39. Ketiga-tiganya dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Dengan kemalangan terbaru itu, menjadikan 34 nyawa terkorban di laluan pantai timur Sabah itu sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa, berkata ketika kejadian trak terbabit dalam perjalanan ke arah Sandakan, manakala lori itu dari arah bertentangan.

“Tiga daripada mangsa maut di tempat kejadian, manakala Sylvester meninggal dalam perjalanan ke hospital,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Sapieh serta Hashamdi dikatakan tersepit di tempat duduk hadapan trak itu dan lima anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian, mengambil masa dua jam mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa.

Tiga mangsa yang maut berasal dari Sabah, iaitu Semporna, Keningau dan Tambunan manakala Agustine dari Sarawak. Difahamkan, semua tujuh anggota terbabit bertugas di pos kawalan Sugut, Beluran selama sebulan sejak 26 Ogos lalu.

Rosli berkata, pemandu lori berusia 37 tahun hanya cedera ringan dan ditahan untuk membantu siasatan, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat

ADUN Galas meninggal dunia kerana barah

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my



KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Chek Hashim Sulaima (gambar), 46, yang menghidap barah paru-paru meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Pegawai khasnya, Tuan Hassan Tuan Sulaiman berkata, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital tersebut lima hari lalu selepas menerima rawatan tradisional sejak 14 September lalu di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata, setelah menjalani pemeriksaan menyeluruh, doktor mengesahkan keseluruhan paru-paru wakil rakyat tersebut telah diselaputi dengan air.

"Chek Hashim telah dibawa ke Kuala Lumpur pada hari raya kelima lalu untuk rawatan tersebut sebelum dibawa ke pusat rawatan ini sejak lima hari lalu untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun, keadaannya bertambah kritikal hari ini (semalam) dan beliau berada dalam keadaan separuh sedar sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.