Pages

Subscribe:

27 September, 2010

[ hang nadim] Kecoh bukti PKR pincang.........



Oleh Azli Ayob, Nazura Ngah, Sharifah Salwa Syed Akil dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/09/28

Rakyat kena ambil iktibar ketidakupayaan pembangkang mentadbir

KUALA LUMPUR: Insiden kekecohan pada pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin wajar dijadikan iktibar, sekali gus membuktikan ketidakupayaan parti pembangkang itu untuk mengambil alih pentadbiran negara yang mendokong prinsip demokrasi berperlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka dakwa parti demokratik, parti mengamalkan ketelusan, parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat tapi apa yang kita lihat pada peringkat awal, bila ada proses pemilihan berlaku kekecohan... satu macam punya kecoh.

“Saya fikir bukan saja berlaku di satu dua tempat, tetapi di banyak tempat lain, mungkin mereka tidak memahami prinsip demokrasi sebenar dan kita harus mengambil iktibar dalam soal itu bila memikirkan masa depan negara,” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia di sini, semalam.

Pemilihan cabang PKR di beberapa kawasan termasuk Kapar, Klang dan Lembah Pantai dicemari kekecohan apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati cara pemilihan itu dijalankan.

ROS batal pendaftaran 4 cabang PKR Terengganu
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, S Anand Kumar, Haspaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/09/28
Gagal kemuka laporan mesyuarat, kewangan tahunan
KUALA TERENGGANU: Empat daripada lapan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu iaitu Besut, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekali gus membantutkan pemilihan cabang parti itu, Sabtu lalu.

Buat julung kalinya, 400,000 ahli PKR diberi kuasa menentukan barisan kepemimpinan peringkat cabang dan pusat.
Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai kekecohan itu kerana menganggap ia adalah urusan dalaman parti berkenaan.

Ditanya kemungkinan UMNO bakal berdepan masalah sama jika menggunakan sistem pemilihan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas Umno Oktober lalu apabila 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO mulai pemilihan 2011, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak membandingkan UMNO dengan PKR.

“Tidak wajar untuk bandingkan PKR dengan UMNO... UMNO adalah parti yang sudah lama dan berpengalaman,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kekecohan pemilihan parti itu sememangnya diduga kerana mereka sentiasa bertelagah merebut jawatan dalam parti.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Abd Rahman Yusof, berkata empat cabang itu dibatalkan pendaftarannya berikutan gagal mengemukakan laporan mesyuarat dan kewangan tahunan kepada ROS selama dua tahun berturut-turut.

Ahli PKR tolak kepimpinan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kekalahan beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan di peringkat cabang semalam jelas membuktikan ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi menolak kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Malah, kekalahan tersebut merupakan isyarat awal kepada Anwar dan Azmin bahawa blok mereka akan berhadapan dengan masalah besar dalam pemilihan di peringkat pusat yang dijadualkan November ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, kekecohan yang berlaku dalam mesyuarat cabang antaranya di Kota Raja, Kuala Langat, Kapar, Klang dan Lembah Pantai menggambarkan betapa ketamakan serta kerakusan merebut jawatan dan pangkat telah mempengaruhi PKR.

‘‘Sememangnya kekalahan yang dialami oleh orang Anwar dan Azmin memberi satu tamparan hebat kepada mereka berdua, tetapi saya percaya ia lebih merupakan satu mesej yang mahu disampaikan oleh ahli-ahli kepada Anwar dan Azmin.

‘‘Saya percaya ahli-ahli semakin sedar bahawa Anwar dan Azmin adalah liabiliti bagi parti. Nampaknya percaturan mereka untuk terus menguasai PKR berhadapan dengan masalah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kekalahan lima pemimpin kanan PKR dalam pemilihan di peringkat cabang semalam dan kesemua mereka merupakan orang Anwar serta Azmin.

Mereka ialah dua Naib Presiden PKR iaitu R. Sivarasa serta Mustaffa Kamil Ayub; Exco Selangor, Elizabeth Wong; Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

SD Johari berkata, berbanding pada setiap pemilihan sebelum ini Anwar dan Azmin mudah mengatur orang mereka untuk terus menguasai PKR.

Mengenai kekecohan yang berlaku di beberapa mesyuarat cabang di Selangor semalam, beliau berkata, PKR kini bukan lagi parti membela rakyat sebaliknya ia merupakan parti pengaut kekayaan dan kekuasaan khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Atas sebab itu menurut beliau, semua anggota PKR sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan calon masing-masing walaupun perbuatan tersebut sungguh memalukan.

‘‘Tidak dinafikan kekecohan yang berlaku itu berpunca daripada kekalahan calon-calon Anwar dan Azmin, tetapi sebab paling utama ialah kerakusan dan ketamakan mereka untuk merebut jawatan.

‘‘Ia juga berpunca daripada kegagalan Azmin sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor mentadbir urus parti di peringkat negeri selain kegagalannya mendisiplinkan ahli parti,’’ katanya.

Pada satu peringkat beliau berkata, kekecohan itu melibatkan pergaduhan seperti yang berlaku di Kota Raja dan ia benar-benar memberi kesan buruk kepada PKR.

‘‘Di dalam pemilihan berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas yang juga Exco Selangor, Xavier Jeyakumar dikatakan menumbuk pencabarnya, KS Kotappan. Berdasarkan maklumat terkini, Kotappan telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.’’ katanya.

Menurut beliau, pemilihan PKR kali ini bukan sahaja tidak demokratik malah langsung tidak mengikut undang-undang.

Sementara itu bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ahli PKR kini semakin meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada Azmin mengatur calon pilihan mereka pada pemilihan kali ini.

‘‘Ini adalah bukti pemusatan kuasa oleh Anwar dan Azmin. Kini kuasa rakyat yang mereka laung-laungkan selama ini terpercik ke muka Anwar dan Azmin apabila ahli-ahli PKR sedar bahawa selama ini mereka telah dipergunakan untuk mencapai cita-cita peribadi pemimpin parti,’’ katanya.

Anuar percaya ekoran kekalahan calon pilihan Anwar dan Azmin, Penasihat PKR itu akan mengambil langkah menyekat kemaraan demokrasi tulen antaranya menyekat cabang yang tidak sealiran dengan mereka.




Judi: Reaksi Mufti Kelantan
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Penggunaan dana daripada sumber perjudian tanpa disatukan dengan dana-dana lain walaupun bagi tujuan membasmi kemiskinan adalah haram pada hukum syarak.

Bagaimanapun, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesebuah dana daripada sumber berkenaan jatuhnya tidak haram jika disatukan dengan dana-dana lain.

"Pengurusan dana-dana daripada sumber perjudian ini perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

"Ini amat penting untuk mengelakkan orang ramai daripada terlibat menggunakan dana haram itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pengakuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelmarin bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Mohamad Shukri memberitahu, kerajaan negeri Kelantan juga mendapat sumber kewangan daripada kedai-kedai pajak gadai dan pembayaran cukai arak bagi memperoleh pendapatan.

Bagaimanapun, jelasnya, dana tersebut tidak haram kerana ia disatukan dengan dana-dana lain di bawah satu akaun atau tabung yang tunggal.

Tambahnya, jika seseorang individu menggunakan dana daripada sumber haram untuk kepentingan dirinya, perbuatan tersebut tetap haram, tetapi jika ia digunakan oleh sebuah kerajaan untuk membangunkan negerinya, ia dibolehkan.

"Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Kelantan turut mengambil faedah daripada industri perniagaan sebagai sumber kewangannya.

"Pada masa yang sama, dana-dana tersebut digabung dengan dana-dana lain menjadikan ia tidak haram," katanya.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad dan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin yang dihubungi enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

'Branson tidak faham sistem perundangan Malaysia'
PUTRAJAYA 27 Sept. - Gesaan jutawan Britain, Sir Richard Branson yang mahu kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihentikan menampakkan kejahilan 'seorang saudagar minyak urat' yang tidak mengenal sistem dan asas perundangan sesebuah negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ucapan Branson pada majlis khas forum Invest Asia 2010 anjuran International Herald Tribune di ibu negara hari ini tidak ubah seperti gelagat penjajah sebelum Malaysia mengecap kemerdekaan pada 1957.

''Perbuatan Branson tidak ubah macam seorang peniaga besar dari Malaysia pergi berkonvensyen di London lantas meminta Perdana Menteri Britain menghentikan sesuatu kes jenayah di sana.

''Sedangkan (jenayah) meliwat suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, hanya Pendakwa Raya berkuasa penuh berbuat sedemikian, Branson mungkin sudah lupa prinsip keadilan negaranya sendiri," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan pukul 4.30 petang 26 Jun 2008.

Branson ketika bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur hari ini berkata, perbicaraan liwat membabitkan Anwar yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

''Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara.

''Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara," kata Branson.

Pengasas Virgin Group yang memiliki nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.