Pages

Subscribe:

24 April, 2013

[hang nadim] Mereka yang akan tersungkur.......5/5/13








Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi 
petunjuk oleh Tuhan mereka kerana keimanannya[670], di bawah mereka mengalir sungai- 
sungai di dalam syurga yang penuh kenikmatan.
( ayat 9, Surah Yunus)
[670]. Maksudnya: diberi petunjuk oleh Allah untuk mengerjakan amal-amal yang menyampaikan syurga.

Do'a[671] mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma"[672], dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam"[673]. Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin"[674].
( ayat 10, Surah Yunus)
[671]. Maksudnya: puja dan puji mereka kepada Allah. 
[672]. Artinya: Maha Suci Engkau, wahai Tuhan kami. 
[673]. Artinya: sejahtera dari segala bencana 
[674]. Artinya: segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
( ayat 12, Surah Yunus)
  
Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.
( ayat 100, Surah Yunus)

Katakanlah: "Perhatikanlah apa yaag ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman."
( ayat 101, Surah Yunus)

Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( ayat 107, Surah Yunus)

Karpal tersungkur, Azizan terjatuh, Nik Aziz didukung


Oleh NOOR HASLIZA NUSI

hasliza.nusi@kosmo.com.my

Kejadian pukul 10 malam itu berlaku ketika Karpal, 73, yang merupakan calon Parlimen Bukit Gelugor diangkat dengan kerusi roda oleh empat penyokong DAP tetapi malangnya beliau terlepas ke lantai pentas utama.
Impak daripada kejadian itu menyebabkan Karpal tersembam di hadapan pentas sebelum segera dibantu oleh beberapa orang ahli DAP.
Peristiwa itu berlaku di hadapan anaknya yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
“Bapa saya tidak cedera, beliau boleh duduk semula di atas kerusi rodanya dan memberi ceramah selama sejam,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, Karpal pada sidang akhbar di kediaman beliau di Jalan Utama, Kebun Bungah di sini memberitahu, insiden itu dianggapnya satu ‘kejatuhan’ kecil.
“Kita tunggu kejatuhan besar Barisan Nasional pada 5 Mei nanti,” ujarnya dalam nada sinis.
Pada 14 April lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 82, terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Batu Pahat, Johor selepas didakwa hampir pengsan dan keletihan berikutan kepadatan program sempena Pilihan Raya Umum ke-13 di sekitar Johor.
Sebelum itu, pada 4 April, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, 69, terjatuh ketika menuruni anak tangga selepas menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri dikuasai pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Selangor.
Kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang apabila Azizan terlangkau satu anak tangga menyebabkan beliau terjatuh berhampiran kenderaan rasminya.
Bagaimanapun, Menteri Besar itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian memasuki kenderaannya untuk pulang ke Alor Setar.Artikel Penuh: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.