KUALA LUMPUR 21 Mei - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.
"Karpal Singh sebagai seorang peguam dan anggota Parlimen patut faham mengenai Perlembagaan negara, beliau harus tengok apa yang dikatakan oleh Perlembagaan, jangan buat kenyataan yang mengelirukan rakyat.
"Saya nasihatkan semua pihak fahamilah Perlembagaan itu yang telah diterima pakai sejak kita merdeka lagi dan yang membuat negara berjaya dan aman sehingga ke hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal kedua di Parlimen, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Karpal baru-baru ini agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130521/dn_33/Abu-Zahar-gesa-Karpal-hormati-Perlembagaan#ixzz2Tuv5cLDF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pemuda buat laporan polis mengundi dua kali
21 Mei 2013
KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.
Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.
Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.
“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.
“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.
Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya dia boleh mengundi dua kali.
Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.
“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.
Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.
“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya.

Tiada campur tangan politik dalam PDRM
KUALA LUMPUR 20 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memastikan tiada campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan pasukan keselamatan itu melaksanakan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-dua pihak bersetuju PDRM perlu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tanpa ada campur tangan politik.
Selain itu, kata beliau, KDN akan menerapkan konsep amat perlu usaha pencegahan lebih awal diambil sebelum berlaku insiden yang tidak diingini.
"Apa yang akan dilakukan oleh PDRM adalah tidak akan ada campur tangan politik daripada kami berdua iaitu saya dan timbalan menteri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Kami akan arahkan PDRM agar menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang mengikut akta yang ditetapkan dalam bidang kuasa pasukan keselamatan itu," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Ahmad Zahid berkata, selain memberi kuasa sepenuhnya kepada PDRM melaksanakan undang-undang, pasukan itu akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam aspek keselamatan siber.
Beliau turut meminta pihak pembangkang agar menghormati undang-undang meskipun berbeza pendapat dalam politik dan isu tertentu.
"Kita boleh berbeza pendapat. Saya dan Wan Junaidi sentiasa menyambut baik perbezaan pendapat tetapi dalam soal undang-undang negara kita seharusnya tidak ada perbezaan pendapat," ujarnya.
"Jadi kita harus menghormati undang-undang yang kita sahkan sendiri," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengulangi ketegasannya untuk tidak memberi amaran kepada pihak yang melanggar undang-undang mengadakan perhimpunan haram sebaliknya mengarahkan PDRM mengambil tindakan segera tanpa bertangguh.
Menurutnya, tindakan tegas harus diambil kerana pihak berkenaan jelas tidak mengiktiraf perlembagaan dan kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong.
"Sebuah kerajaan dibentuk oleh undang-undang dan sistem itu lebih demokratik. Tidak pernah terjadi rampasan kuasa untuk membentuk kerajaan kerana merampas kuasa adalah satu tindakan di luar sistem demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan dan mengingkari Yang di-Pertuan Agong," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130521/dn_07/Tiada-campur-tangan-politik-dalam-PDRM#ixzz2TuvUI5rj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.