Pages

Subscribe:

20 Mei, 2013

[hang nadim] 'Stop dreaming of Putrajaya'......'التوقف عن الحلم من بوتراجايا "......

'หยุดฝันของปุตราจายา ......

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Ambil perhatian kepada mereka yang buat dakwaan PRU13 berlaku penipuan dan tak telus. Jika mereka menzahirkan dengan perkataan dan perkataan itu dapat didengari oleh lebih dari seorang maka apabila salah seorang dari yang mendengar buat laporan polis maka anda akan dipanggil oleh pegawai penyiasat polis. Soalan yang akan dilontar kepada anda oleh Pegawai penyiasat

1) Di saluran mana penipuan itu berlaku
2) Bagaimana penipuan itu berlaku
3) Apa bukti yang anda ada untuk menyokong dakwaan anda itu

Sebenarnya banyak lagi soalan yang akan ditanya tetapi 3 soalan tersebut sudah cukup untuk membuatkan anda pucat gusi, oleh demikian jaga lidah dan tata kelakuan anda, jangan berkata ikut sedap mulut. KPN baru Menteri Dalam Negeri pun baru, cara bertindak pun berbeza, awas kepada yang celupar. Apabila anda kena tindakan anda tanggung sendiri lah, Anuar ke, Thiam Chua ke, Rafizi Ramli ke. mereka sudah tak kenal anda lagi pada masa itu.

Nasihat ikhlas dari bekas anggota keselamatan (bekas pegawai penyiasat polis).

Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.
Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah gopoh.
"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.
Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.
Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.
Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.
Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.
"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130521/dn_02/Itu-perbuatan-gopoh---Nik-Abduh#ixzz2TsQS9wYD
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Dalang Lahad Datu diketahui

DR. AHMAD Zahid Hamidi, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua, kiri), Khalid Abu Bakar dan Mohd. Bakri Mohd. Zinin (dua, kanan) ketika sesi taklimat bersama para pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 20 Mei - Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai maklumat terkumpul penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak profesional khususnya Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130521/dn_01/Dalang-Lahad-Datu-diketahui#ixzz2TsR9JkMz
© Utusan Melayu (M) Bhd 


'Stop dreaming of Putrajaya'
KUALA LUMPUR: De facto Parti Keadilan Rakyat leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should take care of troubled waters in Pakatan-led states, instead of dreaming of taking over Putrajaya.

Selangor Barisan Nasional coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed said the opposition leader seemed to have forgotten that Pakatan Rakyat parties were facing various problems.
"How can he be sure that the opposition can take over Putrajaya from BN if Pakatan has trouble even fielding their candidates to be the next Selangor menteri besar?
"Now that parliament has been dissolved, we don't even know whether current Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim is going to contest or not.
"If yes, then what about Gombak member of parliament Azmin Ali, who also wants a taste of the power?" he told the New Straits Times.
Zin said talk had also surfaced about Parti Keadilan Rakyat president Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail contesting in Hulu Selangor.
"With three major figures contesting in Selangor, who will they choose to lead the election machinery later ?
"The opposition is facing some serious structural problems in their own coalition, so, they should know that it is time to mind their own business -- especially Anwar."
Anwar had responded to the dissolution of Parliament yesterday by saying that it would 'pave the way for the opposition to conquer Putrajaya".
Speaking after an electoral briefing involving the BN machinery in Puchong yesterday, Zin said the coalition was confident of a power shift in Selangor.
"Looking at the amount of work, dedication and research that has been done in Selangor, I am confident that BN will take over the state from Pakatan.
"This year, BN Selangor will be focusing on direct engagement campaigning and there will be home visits.
"At the same time, we have set up a service centre with telephone operators. People can just call to ask questions or lodge complaints and we will attend to them," he said.

Read more: 'Stop dreaming of Putrajaya' - Politics - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/politics/stop-dreaming-of-putrajaya-1.247804?cache=03D14#ixzz2TsRnJrhB


PELAJAR AL MASHOOR 1966 HINGGA 1969

Hang Nadim & Wan Jalani Bekas 
KAB Sabak Bermam (Bomba)


Bersama Allah Yarham Penghulu 
Hamid  Kebun Sirehdan Md Isa 
Sg Acheh













Perarakan Maulidur Rasul di Ketuai

oleh Bekas Allah Yarham Mohamad Junid
(Prof di UKM}









Bersama Datuk Omar Mohd Dan

Bekas Ketua Pengarah Pejara M'Sia


Abbas,Ahmad Khatib ,Rashid,W.Osman,
Ghazali Salleh Kenali



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.