22 Julai, 2009
NADIM,ALHALLAJ DAN TEMENGGUNG ALI
KES ANIAYA 1
Tuan Jana Khatib di bunuh kerana menunjuk kepandaian depan Permaisuri dengan
membelah pohon pinang gading dengan Ilmunya……..turutan berlakunya todak melanggar Singapura…………
Unggapan Nadim ………..Apa kerja kita berkotakan betis ini ? Mendayakan diri kita jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?
Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang , maka segala todak yang melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada batang pisang itu, dibunuh orang bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat ,maka todak tidak dapat melompat lagi
Setelah itu Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana Baginda. Maka sembah orang Besar-Besar “ Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya, sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jika ia sudah besar betapa lagi? …….. Baiklah ia kita bunuh Tuanku ,” maka titah Raja “ Benarlah Bagai kata tuan hamba sekelian itu, Bunuh ia!..............
Petikan dari Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
Nadim dibunuh kerana kebimbangan Orang-Orang Besar yang bimbang mereka akan tersingkir sebab kepandainnya……kita perlu fikir dan mencari jalan mengelak kehilangan pemimpin yang jujur ,ikhlas ,berilmu dan boleh bicara tentang perpaduan Bangsa .Hindarkan mereka yang rakus , rasuah dan biadap dari menjadi pemimpin kita.
KES ANIAYA 2
Husain Ibnu Mansor Alhallaj di hokum bunuh , Mula-mula di pukul lalu disula ,sesudah itu dipotong kedua kaki tangan nya kemudian ditinggalkan kecaiannya tubuhnya di pintu Kota Baghdad unuk di jadikan amaran kepada orang lain , dan akhir sekali mayatnya di bakar, Abunya akan dihanyutkan ke Sungai Dajlah.
Kata yang menyebabkanAl Hallaj dibunuh:-
“ANA AL HAK”, YANG BERARTI AKULAH KEBENARAN DAN TIDAK ADA YANG LAIN DALAM JUBAHKU MELAINKAN ALLAH”
Sebelum mati Al hallaj sempat member i erti tasauf menurut apa yang diyakininya: “Bahawa apa yang engkau lihat itulah semudah –mudah erti tasauf “
Antara Tokoh-tokoh yang membela Al Hallaj ialah Jalaludin Arrumi (pemuka Tasauf di Parsi) ,Fariddin Al Athar dan Abdul Kadir Jailani. Ibnu Nadim pula menentang Aliran Al Hallaj namun beliau banyak membicarakan hasil karyanya yng berjumlah 47 buah.
Ternyata sekali ianya rela menerima hukuman itu – tiada keluhan tiada rintihan , tiada sedu sedan malah ia menegaskan “ Tuan-tuan telah menjalankan peraturan yang ses uai sekali bagi orang yang tuan-tuan sangka melanggar Undang-undang , memang sesiapa yang di dapati melanggar undang-undang patut sekali di hukum
KES ANIAYA 3
Tun Hasan Temenggong Cuba Di beli.
Maka ada seorang biaperi di Melaka terlalu kaya, Ali Manu Nayan namanya; apabila orang datang bermain kerumahnya, maka diberinya kain atau emas, atau barang benda yang gharib-gharib. Maka segala orang Besar-Besar dan hulubalang Melaka semuanya dating bermain kerumahnya , Melainkan Tun Hassan Temenggung
Pada suatu hari , tun Hassan Temenggung duduk dibalainya ,dihadap Orang Banyak, maka Ali Manu Nayan pun datang duduk. Maka katanya Tun Hassan Temenggung , Orang Kaya ,Semua orang Besar-besar dalam Melaka ini datang kerumahku, melainkan Orang Kaya juga yang tiada datang , jika kalau dapat mari apa orang kaya bermain-main ke rumahku, hingga berdiri juga di hadapan kedai ku , sepuluh Tahil Emas kupersembahkan “ Maka kata Tun Hassan Temenggung “Nuni Haram Zadah” Aku hendak engkau beri makan sedekah? Jika pada Bapak-bapak mu yang lain boleh!”.
Renung Dan Fikir
Kes Aniaya 1– Orang Bijak tidak di hargai atau di bela
Kes Aniaya 2- Al Hallaj di salah tafsirkan kenyataan nya, ia menerima hakikat
Hukuman,undang-undang di- langgar
Kes Aniaya 3- Kejujuran dan ketegasan tak mudah di beli dengan Rasuah dan kemewahan.
Fikir dan ambil Iktibar dalam 3 kes Aniaya ini
HANG NADIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.