Pages

Subscribe:

06 September, 2009

Jintan hitam (black seed) (habbatus sauda)

Nama Lain:
Black cumin,Kalonji, habbatus sauda, black seed, love in the mist, fitches,black caraway, black onion seed,charnushka

Famili:
Ranunculaceae

Lokasi dijumpai:
Tumbuhan rempah

Asal:

keterangan:

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

kegunaan:

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman. Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadap tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk pertumbuhan tumor.Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.

--------------------------------------------------------------------------------

Antara perkongsian mengenai jintan hitam

--------------------------------------------------------------------------------

Baru2 ni adik saya yg belajar di UPM serdang, bawa balik jintan hitam/habbatus sauda dalam botol kecil. Lecturer dia jual untuk tujuan kuatkan ingatan. ~abid

--------------------------------------------------------------------------------

Maajun Habbatus Sauda.

200gm jintan hitam di goreng kering atas kuali (tanpa minyak). Apabila terbit bau, keluarkan dan kisar menjadi serbuk. Pindahkan ke dalam mangkuk dan campurkan 2-3 sudu madu. Campuran akan menjadi berketul-ketul dan melakit. Uli dengan tangan dan buat biji-biji kecil sebesar biji lada hitam (atau besar sedikit). Simpan di dalam botol kedap udara.

Khasiat: menurunkan darah tinggi dan kolesterol dalam darah. Pengambilan selama 2 minggu InsyaAllah akan menunjukkan kesan yang signifikan.
~Sheik


--------------------------------------------------------------------------------

Ambil 7 biji jintan hitam lebih elok yang dibawa balik dari Mekah baca Bismillah,selawat keatas Nabi dan niat minta pada Allah untuk menyembuh segala penyakit dalam tubuh badan kita amalkan seminggu sekali Insyaallah dengan izin Allah penyakit akan beransur pulih dan anda akan berasa perubahan yang amat ketara
~pak Chaq


--------------------------------------------------------------------------------

Mengikut kajian jintan hitam mempunyai 35% kandungan minyak. Antaranya omega3 dan omega6 yang mana kedua-dua elemen ini sangat baik untuk pembentukan minda.
~jeff. kdrm


--------------------------------------------------------------------------------

Habbatus sauda ini saya minum jika ada tanda2 nak demam. Dgn kuasa Allah memang mujarab, tak jadi nak demam.
~Jeep Kurnia


--------------------------------------------------------------------------------

Amalan memakan jintan hitam memang bagus. Kandungan dalam sebiji jintan hitam mempunyai banyak kelebihan berbanding herba yang lain. Saya ada mengamalkan memakan jintan hitam kesannya amat baik, antaranya senang buang air besar, melawan demam, selsema, tidak cepat letih, membuang toksid dalam badan
~suca_02


--------------------------------------------------------------------------------

Nabi Muhammad bersabda lebih kurang maksud,berubatlah dgn Habbatus sauda (jintan hitam)ianya menjadi ubat segala penyakit kecuali mati.saya dah try bagus.memanaskan badan dan mengubati sakit sendi,urat.
~Bullah,penang.


--------------------------------------------------------------------------------

khasiat jintam hitam. jika ditumbuk sehingga hancur dan dicampurkan madu yang dibubuh ke dalam air hangat lalu diminum dapat mengubati penyakit batu karang.
~fajarsiang@ yahoo.com



Best Regard,
IzNaLie

selamat mencuba.....Insyaallah - Nadim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.