Pages

Subscribe:

24 September, 2009

Penyakit uji keimanan, kesabaran manusiaMonday

Salam,

Apa beza kalau berubat dengan Tok-tok sami siam, Pengamal REIKI yang di asaskan dari agama Budhha, Yoga dari amalan HIndu dan Perubatan Alopati ( Perubatan Moden yang di gelar doktor ) yang di asaskan oleh Orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Pada saya tiada bezanya, kesemuanya masuk kedalam perangkap syirik dan kesesatan yang nyata. Malah para doktor paling banyak meramal yakni menggunakan peralatan canggih dan moden kononnya. Ubat-ubatan dihasilkan dari bahan kimia dan dadah yang akan merosakkan tubuh dalam jangkamasa yang singkat dan panjang.( Tak percaya, cuba telan panadol 10 biji sekali gus). Banyak pula ubatan yang dihasilkan dari organ dalaman manusia dan binatang terutama BABI, pendek kata kandungan ubatan moden kebanyakkan nya adalah najis termasuk najis dadah.

Al Quran di turunkan menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman. Dalam awal surah Al Baqarah sudah dinyatakan supaya beriman kepada yang ghaib. Sekarang ni kaedah pembelajaran moden menolak fahaman kepada alam ghaib, semuanya di label kepada tahyul dan khurafat. Malah yang melabel termasuk para ulama bukan sahaja dari kalangan saintis dan doktor.

Hati-hati bila belajar, kalau bukan GURU YANG MURSYID, KENA BANYAK TAPIS KERANA PUAK YAHUDI DAN NASRANI AKAN BERUSAHA UNTUK MEROSAKKAN AQIDAH DAN AKHLAK UMAT ISLAM , supaya diri mereka senang di jajah seperti sekarang. Tengok ajelah, bercakap pasal islam tapi pengamalannya nya tiada, cakap tak serupa bikin.
KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH, TIADA YANG TAK DAPAT DISELESAIKAN OLEH AL-QURAN.

KINI ADA PEWARIS MUKJIZAT NABI ALLAH ISA A.S. YANG MENGGUNAKAN KAEDAH PENYEMBUHAN TAPAK TANGAN DENGAN KEKUATAN DOA DAN ZIKIR. SATU-SATUNYA PEWARIS DI MALAYSIA YANG DI ANUGERAHI ILMU INI PADA MALAM LAILATUL QADAR. TIADA PENYAKIT YANG TAK DAPAT DI UBATINYA DENGAN IZIN ALLAH. PESAKIT TAK PERLU CERITA APA-APA PUN, PESAKIT PERLU BARING DAN PEWARIS MELETAKKAN TAPAK TANGAN KANAN DI UBUN-UBUN DAN TANGAN KIRI DI TEMPAT YANG SAKIT BERASASKAN PETUNJUK DAN GERAK DARI ILLAHI. AURA YANG KELUAR DARI TAPAK TANGAN NYA BERASASKAN NAMA ALLAH "AL-FATTAH" MEMBUKA DAN MENEROBOS SETIAP SARAF UNTUK MENGHANCURKAN SEGALA PENYAKIT DAN AURA TAPAK TANGAN KIRI YANG BERASASKAN NAMA ALLAH "AL-MUNTAKIM" MENYAPU BERSIH SEGALA PENYAKIT.

Kaedah penyembuhan tapak tangan kan di ajar oleh Rasulullah :-

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Kata doktor, penyakit ni kalau dah datang kena makan ubat sampai mati. Dia tidak menyakini hadis dibawah . Malah mereka mencipta dadah untuk menahan sakit, jadi kalau tak rasa sakit takde la nak ingat Allah kan.

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

From: mohd naim mohd zain
Editor :PenaHalaqah

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit

SETIAP penyakit yang didatangkan Allah kepada kita umat Islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu sama ada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar.

Semua penyakit yang didatangkan Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sampai ajal seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Mereka bertanya: Ya Rasulullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah meletakkan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan."
(Riwayat Abu Sunnah)


Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang 'memungut' ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang." (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudaranya yang seagama, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka akan rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Cegahlah segala penyakit, sebab itu lebih utama daripada mengubatinya. Dalam kehidupan umat Islam, sesudah nikmat iman, tidak ada pemberian Allah yang lebih baik daripada nikmat kesihatan.

Oleh itu, jika menghidap penyakit segeralah diubati supaya tidak melarat dan mendatangkan lebih banyak mudarat.

Jangan sesekali meminta kepada orang biasa atau dukun pengamal mistik yang mengaku mempunyai ilmu ghaib. Barang siapa mendatangi mereka maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.

Sementara itu, jangan berubat dengan benda haram, misalnya alkohol, binatang atau benda lain yang diharamkan Allah kerana Allah yang menciptakan penyakit tidak menjadikan yang haram sebagai penyembuh.

Uthman bin Abu al-Ass mengadu kepada Rasulullah SAW akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
"Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasai sakit dan katakanlah: Dengan nama Allah, sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapat dan aku berwaspada." (Hadis riwayat Muslim)

Sementara itu, Rasulullah SAW juga mengajar doa menziarahi orang sakit. Daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan 'Arasy yang Agung, agar menyembuhkan engkau. Nescaya Allah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Jelaslah sakit dan penyakit adalah ujian Tuhan kepada hambanya. Setiap orang akan merasa sakit sama ada sakit berat atau ringan. Setiap penyakit ada ubatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Allah menurunkan penyembuhan untuknya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba-tiba, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus diingat, doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Bagi mengelakkan penyakit, selalu bersenam, jangan makan terlalu kenyang ini kerana terlalu banyak makan mengakibatkan timbulnya penyakit jantung, darah tinggi, hati dan paras kolesterol tinggi.

Umat Islam juga diingatkan mengelakkan penyakit yang mengaibkan dan berbahaya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan segala penyakit yang berbahaya."

Dan dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada mati sebab jatuh ke dalam telaga, mati akibat runtuhan, tenggelam, kebakaran dan aku berlindung daripada dibinasakan oleh syaitan ketika hendak mati, aku berlindung kepada-Mu, dan aku berlindung daripada mati kerana sengatan binatang yang bisa." (Hadis riwayat al-Nasai dan al-Hakim)

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul memang dipelihara Allah daripada sebarang penyakit jelik. Bahkan Baginda mengingatkan kepada umatnya supaya berusaha mengelakkan dan menjauhi penyakit yang mengaibkan dan perkara buruk lain.

Sakit adalah takdir Allah yang menimpa kepada sesiapa dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.