Pages

Subscribe:

04 Oktober, 2009

ATURCARA TAQWA

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

2009/10/2 zulkiflee.sulaiman


Kata-kata Sheikhuna
pada 29hb September 2008 pukul 8.38 ptg

Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi Al-Majzub Bin Abdul Rahman

Aturcara Bertaqwa

Sentiasa kita mendengar dari diri kita sendiri atau dari orang lain yang mengaku Muslim, sama ada Islamnya itu sampai ke tahap Mukmin ataupun tidak, mengajak orang lain dengan menyebut di mulut mereka “Bertaqwalah kepada Allah”. Walaupun sesetengah dari mereka itu hakikatnya munafik. Mereka sentiasa mengajak dan menyebut tentang taqwa dan menceritakan tentang orang-orang yang berjaya, iaitu orang-orang Muttaqin. Ini adalah kerana perkara taqwa ini, sudah terang lagi nyata, Allah (swt) ceritakan di dalam Al-Quran. Samada manusia menyebut tentang perkara ini dengan omong-omong kosong sahaja ataupun tidak, tetaplah mereka memperkatakan “Bertaqwalah kepada Allah”.

Di sini saya cuba memberikan pandangan atau pendapat untuk kita bersama-sama memajukan dan memikirkan keimanan masing-masing, sebagaimana kemajuan-kemajuan iman yang telah diteroka oleh salafus-soleh. Inilah perkara yang sangat perlu kita beri tumpuan dan perhatian, disebabkan kemajuan-kemajuan iman yang telah diteroka oleh salafus-soleh telah lama pupus.

Apabila dikatakan kemajuan iman itu pupus, bermakna sedikit sangat ahlinya yang sampai ke tahap kemuncak iman dan takwa. Kebanyakannya hanya sekadar tahu membaca dan menceritakan tentang taqwa orang-orang yang terdahulu, tetapi mereka tidak tahu hendak mempraktikkanya. Kemudian mereka pun perasan mereka sudah menjadi muttaqin, perasan menjadi orang-orang yang bertaqwa. Mereka mengikut perasaan (sangkaan) yang dipengaruhi oleh pemikiran suasana dunia. Mereka pun menyangka mereka sudah menjadi mukmin, perasan telah benar-benar beriman. Tetapi apabila dilihat aturcara hidupnya di muka bumi ini, syariat dan thoriqnya bercampur aduk dan berterabur. Ini menunjukan tidak sihat. Tidak betul.

Di situ kita cuba memperbaiki diri kita, supaya berbetulan dengan syariat dan thoriq yang tulen, iaitu syariat dan thoriq yang bersesuaian dengan kebangkitan Rasul (saw). Tujuannya, supaya kita dapat merasai kemanisan dan ketenangan sebagai mana yang diceritakan di dalam Al-Quran dan Hadith. Janganlah kita hanya pandai membaca sahaja tetapi diri kita tidak pernah berbetulan dengan apa yang kita baca.

Apabila kita cuba meneroka kembali didalam aturcara bertaqwa kepada Allah ini tentulah banyak musuh-musuhnya, kerana aturcara bertaqwa ini hanya tinggal di dalam kertas-kertas dan kitab-kitab sahaja. Apabila aturcara ini dihidupkan kembali, ramailah orang-orang yang akan bising. Bermacam-macamlah tuduhan yang akan dilemparkan, kerana mereka tidak pernah melihat peribadi orang-orang yang muttaqin. Umpamanya, di suatu kawasan yang sunyi, tiba-tiba ada satu kapal terbang jet pejuang melintas di atas ruang udaranya, tentulah orang akan terkejut dan mereka akan berkata,"Apa benda yang bising-bising itu?"

Mereka yang duduk di bawah (bumi) akan bising dan marah-marah kepada jet pejuang di atas mereka. Cuba kamu fikir atau renung kembali, iaitu adakah bising-bising yang dibuat oleh orang-orang di bawah itu, sampai ke telinga juruterbang itu. Mereka hanyalah dapat membuat bising di bawah sahaja. Begitu jugalah apabila kita cuba memecahkan segala macam kebuntuan yang ada terdapat di dalam hati-hati dan jiwa-jiwa orang-orang yang mahu beriman dan mendekati Allah. Ramailah orang-orang munafik yang bising, jadi janganlah kamu kisah dan ambil peduli dengan mereka itu. Merekalah orang-orang tidak mendapat rahmat Allah, kamu berpegang teguhlah dengan ilmu yang saya beri.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
5 Asas Penyatuan Ummah:

1.Kesedaran yakni perasaan yang mahu mengaku kehambaan iaitu Taubat.
2.Berselawat ke atas Nabi Muhamad s.a.w.
3.Memperbanyakkan zikrullah.
4.Mempraktikkan syariat dan thoriq mengikut acuan ahli sunnah wal jamaah.
5.Menjauhi dan meninggalkan pendapat serta pandangan yang terkeluar dari acuan ahli sunnah wal jamaah lebih-lebih lagi pandangan, pendapat dan acuan Yahudi dan Nasroni.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
ومن تصوف ولم يتفقه فقد تزندق
ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق
ومن جمع بينهما فقد تحقق

Dan barangsiapa belajar ilmu Tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu Fekah menjadi zindik
Dan barangsiapa belajar ilmu Fekah tetapi tidak belajar ilmu Tasawwuf menjadi fasik
Dan barangsiapa menghimpunkan keduanya maka jadilah ia muhaqqiq
(Imam Malik, Kitab Sirus-Saalikiin, Juzuk 1:10)

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
"Keseluruhan kita adalah daripada anak cucu Adam. Allah jadikan kita daripada tanah. Tidak ada orang Ajam atau orang Ansar. Hanya yang dikira ialah orang-orang takwa. Kalimah takwa merangkumi keseluruhan langit, bumi, tanah, air api, angin dan setiap pernafasan kita. Semuanya sentiasa dalam kiraan dan bancian Allah samada perbuatan kita itu muafakat atau tidak dengan kalimah takwa ataupun dengan orang-orang yang beriman. Orang yang tidak beriman contohnya orang munafik, orang musyrik dan orang kafir. Antara syariat dan tariq pun kadangkala kita tidak tahu bezakan. Syariat ialah undang-undang yang Tuhan kenakan kepada kita iaitu untuk hamba-hambaNya yang beriman. Manakala Tariq ialah garis panduan jalan-jalan keredhoan Allah. Jalan keredhoan Allah ialah sebanyak bilangan Tuhan jadikan manusia. Allah sediakan jalan keluar agar manusia menuju kepadaNya."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------

لا ﺇله ﺇلا أنت سبحانك ﺇني كنت من الظالم

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى اله وصحبه وسل

----- Original Message -----
From: rahimah aziz
To: pakbelang@yahoogrou ps.com
Sent: Thursday, October 01, 2009 5:00 PM
Subject: Re: [pakbelang] Si Bomoh dan Ramalan

saya ada baca satu buku tentang wali-wali Allah
mereka ini sentiasa ada setiap zaman
saya percaya berkat doa mereka malaysia aman tenteram sehingga sekarang

--------------------------------------------------------------------------------
From: amri el wahab
To: pakbelang@yahoogrou ps.com
Sent: Tuesday, 29 September 2009 10:39:45
Subject: Re: [pakbelang] Si Bomoh dan Ramalan

Salaam,
Sdr Zulkiflee, terima kasih diatas komen sdr yang bernas.
Bahawasanya tulisan saya hanya lah sebagai peringatan kepada pembaca supaya berwaspada apabila meminta hikmat kerohanian daripada pengamal ilmu batin yang tidak berlandaskan Quran, Hadith dan Fitrah Alam (Sunatullah) .
Sdr sendiri tentu sudah maklum, saperti banyak di laporkan di dada dada Akkbar Utusan tempat anda berkhidmat, ramai manusia terutama wanita telah menjadi mangsa penipuan para pengamal ilmu batin songsang.
Sdr dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pengamalan ilmu kebatinan yang bersih tidak perlu risau atau merasa cemas kerana tulisan saya bukan di tujukan kepada para pengamal ilmu ilmu kebatinan yang berlandaskan 3 perkara yang saya sebut tadi.

Wallahu'alam.


Salaam & Regards
Amri el Wahab

Jemput ke laman blog saya di http://hembusan- amal.blogspot. com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

2009/9/28 zulkiflee.sulaiman

Sebaiknya saudara amri cuba dulu mendalami ilmu-ilmu kebatinan atau kerohanian Islam sebelum membuat tafsiran melulu. Memang benar apa yang saudara tulis di bawah tetapi bukan semua ilmu-ilmu Islam datang semasa Rasulullah masih hidup bahkan ramai ulama-ulama dan orang-orang soleh didatangi baginda baik didalam mimpi atau semasa jaga selepas baginda wafat mengijazahkan ayat-ayat untuk di amalkan dimana fadilatnya atau kegunaannnya tiada semasa baginda masih hidup.

Cuba ingat kembali kisah Nabi Allah Musa pembawa syariat Allah dan dimasa yang sama baginda juga dapat berbicara terus dengan Allah swt. Tetapi kerana sedikit ketelanjuran cakap yang menunjukkan sedikit rasa angkuh maka Allah swt telah memerintahkan baginda bertemu dgn Nabi Allah Khidir dan belajar dengannya. Siapa Nabi Allah Khidir itu (Bekas Menteri Kanan Iskandar Zulkarnain), Khidir hanyalah Nabi tetapi memiliki ILMU KEROHANIAN/KEBATINA N ISLAM yang tinggi sehingga Nabi Allah Musa pun terpaksa belajar dengannya. Bahkan hingga kini Nabi Allah Khidir masih datang menemui sesiapa yang Allah SWT perintahkan untuk mengajar apa-apa ilmu kebatinan kepada hamba-hamba yang di kehendaki Nya.

Manusia ni memang jahil terhadap apa-apa yang tidak diketahuinya malah diakhir zaman ni makin ramai cerdik pandai yang tidak belajar ilmu-ilmu ini berani membuat tujuan-tuduhan yg melulu sebegitu. Dalam biodata Sheikh Mahmud dari Kedah , saya mendapati "Para Rijalul Ghaib" adalah golongan manusia yang mencapai maqam wali yang telah Allah swt angkat darjat mereka dan menghapuskan nafsu dalam diri mereka dan masuk ke alam malaikat , bermaksud mereka hidup di alam ghaib dan tidak lagi berkehendak kepada makan minum , tidur dan sebagainya. Mereka -mereka ini lah yang datang mendampingi hamba-hamba Allah yang soleh dan ikhlas yang meminta kepada Allah akan ILMU DAN HIKMAH. Sepertimana pengalaman Sheikh Mahmud sendiri, beliau didatangi Nabi Allah Khidir tetapi beliau menolak dan berkata " Aku hanya mau Allah" lalu kedengaran olehnya suara mengatakan "kalau kamu mau sampai kepada Aku, maka ikuti lah hamba Ku ini".

Selain Rasulullah, Nabi Allah Khidir dan Para Rijalul Ghaib inilah yang menjadi guru kepada mereka-mereka yang meminta kepada Allah didalam solat hajatnya. Meminta hanya kepada Allah, maka inilah anugerah Allah kepada mereka-mereka yang di pilihnya. Malangnya mereka-mereka ini di tohmah malah para doktor yang kerap menjadu tukang telek dan nujum diagung-agungkan. Yang mengajar kita bahawa manusia berasal dari BERUk. Yg mengatakan penyakit tiada ubat malah kena makan ubat sampai mati. Dan ubat-ubatan pula di perbuat dari najis dadah dan najis organ dalaman terutama BABI..

Sebelum membuat ulasan yang boleh menjatuhkan dan menjadi fitnah kepada orang-orang pilihan Tuhan, maka hati-hati lah. Yang menjadi pilihan Tuhan adalah golongan yang sedikit , selebihnya yang menyamar dan yang bersahabat dengan Jin. Tok Kenali setau saya juga mempergunakan Jin yang belajar dengannya dan juga meminjamkan kepada anak muridnya.

Sebaiknya kuasai bidang ilmu kebatinan dulu sebelum mengulas mengenainya.


----- Original Message -----
From: amri el wahab
To: Pak Belang ; Relaxjap ; Saujanaku ; Siber Melayu ; Teratak Ilmu ; Tipah
Sent: Thursday, September 17, 2009 4:10 PM
Subject: [pakbelang] Si Bomoh dan Ramalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.